Ejen Hartanah Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cheras, Kajang, Putrajaya, Seri Kembangan, Nilai, Semenyih, Puchong, Kuala Lumpur, Sepang, Salak Tinggi, Putra Height

Ejen Hartanah Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cheras, Kajang, Putrajaya, Seri Kembangan, Nilai, Semenyih, Puchong, Kuala Lumpur, Sepang, Salak Tinggi, Putra Height

  • HOME
  • Service
  • Senarai Hartanah
    • All Listings
    • Active
    • Sold
  • INFO
  • For Seller/Owner
    • Selling Properties
    • Sell Property
    • For Buyer
      • Buy Property
  • Contact Us
    • About Us
      • My Area
    • My Duty
    • Privacy Policy

6 Perkara Penting Sebelum Membeli Rumah Second Hand

February 20, 2017 by admin Leave a Comment

 

Membeli rumah second hand (subsale) tak sama risiko seperti membeli rumah under construction dan lelong.

Tapi jika anda ingin melabur dengan hartanah, subsale memang antara pilihan yang terbaik. Ini kerana anda sudah sedia ada data tentang hartanah itu. Senang untuk anda kaji capital appreciation dan kadar sewa.

Hadamkan perkongsian ilmu Tuan Salkukhairi Abd Sukor ni baik-baik. Lebih-lebih lagi bab kaveat tu.

Dalam pembelian sesuatu rumah second hand, selain daripada harga, reka bentuk (design) dan lokasi, ada perkara lebih penting untuk anda lakukan.

 

#1: Kenal pasti siapa pemilik sebenar rumah anda nak beli

Penting untuk anda tahu siapa pemilik berdaftar untuk rumah yang anda ingin beli. Orang yang jual rumah itu tidak semestinya pemilik yang sah. Dan kadang-kadang, ada juga kes pemilik berdaftar sesebuah rumah tak tahu pun rumah dijual orang lain tanpa kebenaran beliau.

Sebab itu, penting untuk anda pastikan siapa sebenarnya pemilik berdaftar rumah itu sebelum membeli mana-mana rumah subsale.

 

#2: Tahu apa syarat nyata yang ada dalam geran

Syarat nyata ini merujuk kepada syarat yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri terhadap sesuatu rumah yang didirikan di atas tanah itu.

 

Contohnya, dalam hak milik (geran) rumah tu dengan jelas nyatakan:

“TANAH INI HENDAKLAH DIGUNAKAN UNTUK SATU UNIT RUMAH TERES SETINGKAT SAHAJA”

 

Ini bermakna rumah tu hanya boleh didiami sebagai satu rumah teres setingkat saja.

Pemilik berdaftar tidak boleh sewenang-wenangnya membuat ubah suai rumah daripada rumah teres setingkat menjadi rumah teres 2 tingkat, kerana ia bertentangan dengan syarat nyata rumah tersebut.

Sebagai pembeli, penting untuk anda tahu jenis dan keadaan fizikal rumah yang dibeli, mestilah mengikut apa yang telah ditetapkan dalam syarat nyata dalam geran rumah tu.

Jika anda lihat rumah itu 2 tingkat secara fizikalnya, tetapi dalam geran hanya mensyaratkan ia mestilah setingkat saja, lebih baik untuk anda tidak membeli rumah itu. Ini kerana bimbang akan ada kesan perundangan di kemudian hari.

 

#3: Ada sebarang sekatan yang dikenakan atau tidak?

Biasanya sekatan kepentingan ini di tulis seperti:

“TANAH INI TIDAK BOLEH DIPINDAHMILIK, DIPAJAK ATAU DIGADAI MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEBENARAN BERTULIS DARIPADA PIHAK BERKUASA NEGERI”

 

Jika rumah yang ingin dibeli ada syarat ini, sebelum pindah milik boleh dibuat daripada nama pemilik berdaftar kepada nama pembeli, pemilik berdaftar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis (consent) terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Negeri.

Pihak Berkuasa Negeri merujuk kepada Menteri Besar, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) atau Pejabat Tanah Daerah atau Pejabat Tanah dan Galian Negeri (mengikut mana-mana bidang kuasa yang telah diturunkan oleh kerajaan sesuatu negeri).

 

#4: Semak jenis pegangan tanah

Check dulu sama ada rumah itu termasuk dalam kategori Rezab Melayu atau bukan.

 

Jika termasuk dalam kategori Rezab Melayu, maka ianya ditulis di dalam geran sebagai:

“DALAM KAWASAN REZAB MELAYU”

Ini bermaksud, hanya orang Melayu saja yang boleh beli rumah tersebut.

Jika tidak dinyatakan dalam geran yang rumah tersebut termasuk dalam kawasan Rezab Melayu, maka ia dianggap sebagai Hakmilik Pegangan Bebas (Freehold). Bermakna, semua bangsa boleh beli rumah tu.

 

#5: Mana satu yang betul – Bank punya atau tuan rumah punya?

Anda juga perlu tahu sama ada pemilik berdaftar rumah tu masih mempunyai pinjaman dengan bank atau tidak Atau dalam erti kata lain, adakah rumah tu masih digadai kepada bank atau tidak?

Jika rumah itu masih bank yang punya, untuk membolehkan pindah milik dibuat daripada pemilik berdaftar kepada pembeli, gadaian itu perlu dilepaskan terlebih dulu dengan cara menebus hutang pinjaman yang dibuat.

 

#6: Ada sebarang kaveat atau tidak?

Penting untuk anda tahu sama ada rumah yang nak dibeli tu, ada kaveat atas hak miliknya atau tidak.

Kaveat adalah satu jenis sekatan yang menghalang sesuatu urusniaga dilakukan terhadap hak milik rumah tersebut.

Jika ada kaveat atas hak milik (geran) rumah itu, maka proses pindah milik rumah tersebut daripada nama pemilik berdaftar kepada nama pembeli tak akan dapat dibuat. Melainkan kaveat tersebut ditarik balik oleh orang yang buat kaveat itu, atau dibatalkan oleh Pejabat Tanah.

Sebab itu, penting untuk pastikan rumah yang anda ingin beli itu bebas dariapada sebarang kaveat.

Jika ada, anda perlu pastikan siapakah yang memasukkan kaveat tersebut. Dan pemilik berdaftar hendaklah meminta orang yang memasukkan kaveat itu membatalkannya sebelum rumah boleh dijual.

 

Bagaimana boleh tahu sama ada kaveat atau tidak?

Biasanya, penjual tidak mendapat maklumat ini daripada pemilik rumah yang ingin menjual rumah mereka.

Dan jika ada pun, belum tentu sahih dan tepat. Ada juga kes yang berlaku, penjual atau pemilik berdaftar sendiri pun tidak pernah ambil tahu.

Yang mereka tahu hanyalah:

“RUMAH NI ADA 3 BILIK TIDUR, 2 BILIK AIR. BERKELUASAN SEKIAN SEKIAN…”

Anda pun mesti dah boleh agak sambungan dialog ni. Jika anda tanya lebih-lebih, jawapan mereka pun, anda sudah boleh agak.

 

Jadi, bagaimana boleh tahu?

Adalah hak anda sebagai pembeli untuk meminta salinan hak milik (geran) daripada penjual, sebelum memutuskan untuk membeli rumah itu atau sebaliknya.

Bagaimana pula jika penjual tak nak bagi? Atau penjual berdolak-dalih untuk memberi salinan geran tersebut?

Jika itu berlaku, sebaiknya lupakan saja niat untuk membeli rumah tersebut.

Geran rumah itu, boleh kita anggap sebagai surat beranak atau kad pengenalan bagi sesebuah rumah. Sama seperti manusia. Setiap manusia yang lahir di Malaysia, akan mempunyai surat beranak dan kad pengenalan masing-masing.

Dan surat beranak serta kad pengenalan tersebut akan digunakan untuk mengetahui segala maklumat berkenaan individu tersebut.

Sekiranya penjual berdolak-dalih untuk memberi salinan geran rumah itu, mungkin ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan tentang status rumah tersebut.

Selepas anda menerima salinan geran rumah tersebut daripada penjual, rajin-rajinkan diri pergi ke pejabat tanah dalam daerah, di mana hartanah tersebut terletak untuk buat carian persendirian.

Semua maklumat yang anda perlu tahu seperti di atas, boleh ditemui dan diperolehi dalam carian persendirian tersebut. Dan yang pastinya, maklumat dalam carian persendirian tersebut tak akan menipu.

 

Kredit: Tuan Salkukhairi Abd Sukor, gilahartanah.com

Filed Under: Category #1, Featured Tagged With: 0162125909, Alam Sari, ampang, Anjung Suasana, Apartment For Sale, auction, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Enstek, Bandar Seri Putra, bandar Seri Sendayan, Bangi Avenue, Banyan Close, Bungalow For Sale, Cheras, ejen hartanah, ejen hartanah ampang, ejen hartanah bandar bukit mahkota, ejen hartanah bandar seri putra, ejen hartanah bangi, ejen hartanah cheras, ejen hartanah dengkil, ejen hartanah kajang, ejen hartanah nilai, ejen hartanah puchong, ejen hartanah putrajaya, ejen hartanah salak tinggi, ejen hartanah semenyih, ejen hartanah sepang, ejen hartanah shah alam, Garden Homes, Green Villa Bangi, Ingin jual rumah, international, ioi properties, Kajang, Kayu Manis, Kota Seriemas, Kota Warisan, Kuala Lumpur, Legundi, Merab Pesona, Mutiara Bangi, Nilai, Nusari Bayu, Pelangi Semenyih, property, property agent, property expert, property negotiator, Puchong, Putra Damai, Putra Kajang, Putrajaya, real estate agent, Rescom, Rosniza, Semenyih, Semi D, Sendayan, Serdang, Seremban, Seri Bangi, Seri Melati, shah alam, sime darby, Sungai Merab, Taman Bukit Sendayan, Taman Universiti, Terrace For Sale, Tiara Heights, Top property agent, under construction project, Villa Khazanah, Villa Tropika, Vista Seri Putra

5 Langkah Mencapai Matlamat Simpanan

February 18, 2017 by admin Leave a Comment

Apabila ada matlamat simpanan yang jelas, secara tidak langsung kita akan mula menyimpan duit secara serius. Lain pula ceritanya jika hanya menyimpan dalam bank tanpa sebarang matlamat. Potensi duit itu untuk cepat lesap amatlah tinggi. Tapi tak apa, kita boleh tangani masalah ni dengan ilmu yang betul. Bagi yang baru nak mula menyimpan, baca perkongsian daripada Miriam Caldwell ini tentang cara uruskan dan capai matlamat simpanan dengan mudah.

 

Langkah 1: Apa tujuan utama anda simpan duit?

Sebelum melakukan apa-apa, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah mengenal pasti dahulu apakah tujuan utama. Sama juga halnya dengan menyimpan duit.

Apakah tujuan simpanan anda ? Adakah untuk:

 

i) Bayar duit downpayment rumah idaman anda?

ii) Tanggung percutian impian anda ke negara orang selama beberapa bulan?

iii) Kumpul duit pendahuluan untuk beli kereta?

iv) Sediakan duit persaraan yang cukup untuk hari tua nanti?

v) Simpan duit sebagai persediaan menghadapi sebarang kecemasan (emergency fund)?

 

Apabila anda sudah ada jawapan untuk soalan ini, teruskan dengan mengenal pasti berapa banyak jumlah simpanan yang anda ingin capai.

 

Sebagai contoh:

Matlamat: Simpanan untuk bayar duit deposit rumah.

Matlamat simpanan: RM45,000.

Dah tetapkan jumlah simpanan yang anda ingin capai? Jom baca langkah seterusnya.

 

Langkah 2: Mula merangka garis waktu (timeline) untuk capai matlamat anda

Ada sesetengah timeline yang hanya memakan jangka waktu yang pendek. Contohnya, katakan anda merancang ingin bercuti ke Eropah pada tahun depan.

Bermakna, anda sudah tahu yang simpanan perlu dibuat dalam tempoh masa 1 tahun. Selama tempoh ini, anda perlu usaha menyimpan. Jika tidak, akan ada potensi yang percutian ini menjadi sekadar mimpi indah saja.

Sama juga jika anda rancang untuk menyediakan duit downpayment rumah.

Sebagai contoh, anda tetapkan matlamat ini dapat dicapai dalam jangka masa 2 tahun. Jadi, anda perlu fokus mengumpul duit yang cukup dalam tempoh masa ini.

Ada juga matlamat yang memerlukan garis masa yang agak panjang.

Contohnya, anda boleh tetapkan matlamat untuk mencapai simpanan sebanyak RM100,000 untuk duit persaraan, sebelum berumur 30 tahun.

Garis waktu ini membantu anda buatkan matlamat anda lebih jelas. Bila dah jelas, senang untuk anda capai dalam tempoh masa yang anda dah tetapkan.

 

Langkah 3: Berapa banyak nak simpan setiap bulan?

Dalam usaha untuk mencapai matlamat simpanan yang anda dah tetapkan, anda juga perlu menentukan berapa banyak yang perlu anda simpan setiap bulan.

Anda boleh tentukan perkara ini dengan mengambil matlamat simpanan, dan bahagikan dengan 12 bulan (untuk tempoh 1 tahun. Kalau matlamat kita memakan masa 2 tahun, bahagikan dengan 24 bulan, dan seterusnya).

 

Sebagai  contoh supaya anda lebih mudah faham:

Matlamat: Ingin bercuti ke Eropah selama 2 minggu pada bulan Mac tahun depan.

Matlamat simpanan: RM10,000.

Cara kira: RM10,000 / 12 bulan = RM833.33 sebulan.

Bermakna, anda perlu simpan RM833.33 sebulan selama 12 bulan. Berikan sepenuh komitmen dalam menyimpan jumlah ini setiap bulan.

 

Langkah 4: Periksa semula bajet anda

Sebelum memulakan simpanan, periksa dulu samada anda ada bajet yang cukup untuk buat perkara ini atau tak. Jika bajet bulanan tak cukup, mungkin anda boleh panjangkan sedikit garis masa yang anda tetapkan itu.

Yang penting, pastikan tempoh ini realistik untuk anda capai. Tak logik pula nak kumpul simpanan RM1 juta dalam masa 1 tahun kan? (sebenarnya boleh je kita buat).

Kalau bajet sedia ada tak cukup, cari jalan untuk tambah pendapatan sampingan. Lagi banyak anda boleh simpan, lagi cepat boleh mencapai matlamat anda.

Boleh buat simpanan secara automatik. Dapat saja gaji, sebahagian gaji akan terus masuk ke dalam akaun simpanan. Lebih mudah dan efisyen berbanding asingkan duit secara manual.

Ini bagus untuk kita buat kerana ia boleh mengelakkan kita terbelanja duit itu pada perkara lain.

 

Langkah 5: Buat akaun simpanan khas

Untuk setiap matlamat yang anda dah tetapkan, buat satu akaun bank khas untuk setiap satu. Duit yang kita dapat tiap bulan, masukkan dalam akaun ni.

Jumlah akaun bergantung kepada berapa banyak matlamat yang anda dah tetapkan.

Dan ingat ya. Paksa diri anda menyimpan, jika tak mahu matlamat anda itu menjadi sekadar angan-angan. Jika terlepas masukkan jumlah sebulan, cari jalan untuk gantikan pada bulan depan.

Jika ingin membuat simpanan jangka masa panjang (lebih 5 tahun), boleh juga melabur dalam Unit Trust. Jika tidak, cari simpanan tetap (fixed deposit) yang bagi kadar faedah yang tinggi. Sekurang-kurangnya, duit itu boleh berkembang.

 

Kredit: Miriam Caldwell, gilahartanah.com

Filed Under: Category #1, Featured Tagged With: 0162125909, Alam Sari, ampang, Anjung Suasana, Apartment For Sale, auction, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Enstek, Bandar Seri Putra, bandar Seri Sendayan, Bangi Avenue, Banyan Close, Bungalow For Sale, Cheras, ejen hartanah, ejen hartanah ampang, ejen hartanah bandar bukit mahkota, ejen hartanah bandar seri putra, ejen hartanah bangi, ejen hartanah cheras, ejen hartanah dengkil, ejen hartanah kajang, ejen hartanah nilai, ejen hartanah puchong, ejen hartanah putrajaya, ejen hartanah salak tinggi, ejen hartanah semenyih, ejen hartanah sepang, ejen hartanah shah alam, Garden Homes, Green Villa Bangi, Ingin jual rumah, international, ioi properties, Kajang, Kayu Manis, Kota Seriemas, Kota Warisan, Kuala Lumpur, Legundi, Merab Pesona, Mutiara Bangi, Nilai, Nusari Bayu, Pelangi Semenyih, property, property agent, property expert, property negotiator, Puchong, Putra Damai, Putra Kajang, Putrajaya, real estate agent, Rescom, Rosniza, Semenyih, Semi D, Sendayan, Serdang, Seremban, Seri Bangi, Seri Melati, shah alam, sime darby, Sungai Merab, Taman Bukit Sendayan, Taman Universiti, Terrace For Sale, Tiara Heights, Top property agent, under construction project, Villa Khazanah, Villa Tropika, Vista Seri Putra

12 Punca Gagal Membeli Hartanah Pertama

February 16, 2017 by admin Leave a Comment

 

1. TIADA MODAL

Rata-rata punca individu di luar sana yang belum mampu memilik hartanah adalah disebabkan tiada / kekurangan modal untuk dibuat deposit.

Contoh jika ingin membeli hartanah subsale, mereka perlu menyediakan tunai sebanyak 10% deposit sebagai wang pendahuluan membeli rumah kerana kebiasaan loan margin ialah 90% sahaja.

Katakan harga rumah RM 200K. 10% deposit daripada RM 200K ialah RM 20K. Bayangkan berapa banyak tunai diperlukan, itu tidak termasuk legal fee lagi.

Fikirkan alternatif lain. Kita ada pasaran lelong, subsale dan undercons.

2. TUNGGAKAN PTPTN

Ini punca paling kerap berlaku kenapa pinjaman perumahan individu tersebut gagal.

Kerana pemohon mempunyai tunggakan PTPTN yang belum dilangsaikan sepenuhnya. Malah ada juga pemohon yang tidak pernah membayar walau sesen pun sejak tamat pelajaran.

Jadi pihak PTPTN mengambil langkah menyenaraikan komitmen PTPTN ini di dalam laporan CCRIS supaya ada kesedaran kepada mereka yang liat membayar pinjaman PTPTN ini rasa terdesak dalam memohon pinjaman perumahan.

3. NAMA BLACKLISTED

Tidak sedar nama sudah pun di senarai hitamkan. Apabila nama sudah pun disenarai hitamkan maka peluang untuk mereka memiliki hartanah agak tipis kerana sudah tentu pinjaman perumahan mereka gagal.

Bukan setakat pinjaman perumahan malah pinjaman pinjaman lain pun turut terjejas.

Semak nama anda samada tersenarai atau tidak.

4. KOMITMEN TINGGI

Perbelanjaan yang tidak terkawal kadang kadang boleh membuatkan kita hilang kelayakan memohon pinjaman perumahan.

Kenapa? Kerana ia bakal membuatkan komitmen perbelanjaan kita menjadi tinggi.

Contohnya seperti mempunyai pelbagai jenis hutang di dalam laporan CCRIS sehinggakan komitmen peribadi melebihi gaji bulanan yang diterima.

Hutang kereta, hutang pinjaman peribadi, hutang kredit kad dan pelbagai jenis komitmen peribadi lagi.

Ingat sebelum nak beli hartanah anda harus ambil kira Debt Service Ratio.

5. TIADA KEYAKINAN

Nak beli hartanah bukannya perkara yang kecil. Ia perlukan keyakinan diri untuk memulakan langkah dalam membeli hartanah pertama.

Jika diri sendiri tidak yakin dalam urusan membeli hartanah ada kemungkinan anda boleh tersilap langkah dalam membuat keputusan pembelian.

Tidak dinafikan di luar sana masih ramai lagi yang kurang keyakinan untuk membeli hartanah dan perasaan takut menyelubungi mereka. Akibatnya mereka ‘stuck’ kerana takut.

6. TIADA KESEDARAN

Ini salah satu punca yang agak tinggi peratusnya kenapa ada yang masih gagal memiliki hartanah walaupun mereka mampu.

Contoh, kita boleh lihat anak anak muda yang baru berkerja. 80% mereka ini tidak memikirkan langsung tentang hartanah .

Kenapa ? Kerana waktu ini jiwa mereka masih lagi memikirkan keseronokan hidup. Perkara pertama yang mereka fikirkan apabila mendapat gaji ialah untuk memiliki KERETA. Bukan kereta yang murah, tetapi kereta mewah yang ansuran bulanannya melebihi 50% daripada gajinya bulanan mereka.

7. BEBANAN ANSURAN KERETA YANG TINGGI

Punca ini kita boleh kaitkan dengan point no 6 di atas. Apabila ansuran bulanan kereta sudah melebihi 50% daripada gaji bulanan apa lagi yang tinggal.

Gaji bersih RM 1600, ansuran bulanan kereta mereka sahaja pula ialah RM 900.

Sewa rumah ? Apa nak dirisaukan, tak perlu pening bab sewa rumah kerana mereka duduk bersama dengan keluarga. Tiada kos perbelanjaan yang perlu dikeluarkan melainkan duit minyak kereta, makan tengahari dan sedikit duit poket.

Jadi mereka tidak risau pun jika wang gaji mereka tinggal sedikit kerana selebihnya sudah digunakan untuk membayar ansuran bulanan kereta mewah.

8. BELUM BERSEDIA UNTUK KOMITMEN RUMAH BAGI JANGKA PANJANG

Belum bersedia ? Maksud disini ialah, mereka ada niat untuk membeli hartanah TETAPI mereka belum bersedia untuk terikat dengan komitmen jangka masa panjang untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan.

Bayangkan mereka perlu membayar sejumlah wang selama 35 tahun secara berterusan dan konsisten. ‘By hook or by crook you must pay the housing loan every month’.

Tapi bagaimana pula jika mereka gagal membayar ansuran bulanan tersebut untuk sebulan, dua bulan, tiga bulan ?

Kenapa boleh gagal membayar ? Anda kena ingat bahawa di luar sana tak semuanya bernasib baik mempunyai pekerjaan yang terjamin dan kekal akhirnya.

Anda kena ingat juga pasang surutnya sesuatu perniagaan bagi mereka yang berkerja sendiri. Sebenarnya mereka yang bukan makan gajilah akan mengalami masalah ini kerana pendapatan mereka setiap bulan tidak menentu.

9. SIKAP TERLALU MEMILIH

Jangan tak percaya! Memang ada sikap sebegini. Mereka sudah mampu malah modal deposit pun sudah disediakan.

Tetapi, mereka tidak dapat membuat keputusan tepat dalam membeli hartanah.

Ini kerana mereka terlalu memilih jenis hartanah yang hendak dibeli. Malah mengambil masa sehingga bertahun untuk membeli hartanah kerana mereka merasakan tidak ada satu pun yang memenuhi 100% kriteria hartanah yang mereka tetapkan.

10. TIADA ILMU

Nak beli hartanah, tapi tiada ILMU. Benar, masih ramai lagi yang belum sedar tentang pentingnya ilmu dalam membeli hartanah.

Malah ada yang tidak ambil peduli pun apa yang perlu dilakukan apabila nak membeli hartanah.

Bila tidak ada ilmu maka perasaan takut akan menguasai diri mereka. Takut kena tipu, takut rugi, takut tersalah langkah malah pelbagai jenis ketakutan yang muncul.

Bila dah terhantuk baru nak cari lampu.

11. MENUNGGU HARGA RUMAH JATUH

Bila dimomokkan dengan berita harga rumah akan jatuh maka jadilah mereka dalam keadaan yang merugikan.

Apa yang rugi ? MASA.

Ya, kita bukan makin muda. Setiap tahun disogokkan dengan berita berita yang kurang sahih menyatakan harga rumah akan jatuh, harga rumah akan jatuh.

Jadi golongan ini akan sentiasa terus menunggu dan menunggu bila harga rumah akan jatuh dan waktu itulah mereka akan beli hartanah. Beli ke ? Opps!

12. KITA TERLALU SELESA

Punca yang terakhir ini lebih kepada mereka yang berkerja dalam sektor awam lebih tepat dengan kerajaan.

Memang kita dimaklumkan jika berkerja dengan kerajaan kita akan dapat kuarters kerajaan bagi yang layak.

Jadi apabila sudah tinggal di kuarters milik kerajaan, hidup pun senang dah tak perlu risaukan tentang rumah lain kerana sudah terjamin ada kuarters.

Chop! Harus diingat apabila anda bersara anda tidak layak untuk tinggal di kuarters kerajaan lagi. Anda perlu keluar.

Tapi nak keluar kemana ? Rumah pun tiada. Dulu tak pernah pun buat pinjaman untuk beli hartanah sebab sangat SELESA di kuarters.

Takkan nak kena sewa rumah pula ? Duit pencen bulanan pun berapalah sangat ?

 

“Tolong buangkan keselesaan tersebut dan bertindaklah segera menggunakan kelebihan yang ada.”

 

* Sesungguhnya yang baik itu datang dari allah swt, yang buruk itu datang dari saya *

Kredit: Mior Hafis Mior Ahmad

Filed Under: Category #1, Featured Tagged With: 0162125909, Alam Sari, ampang, Anjung Suasana, Apartment For Sale, auction, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Enstek, Bandar Seri Putra, bandar Seri Sendayan, Bangi Avenue, Banyan Close, Bungalow For Sale, Cheras, ejen hartanah, ejen hartanah ampang, ejen hartanah bandar bukit mahkota, ejen hartanah bandar seri putra, ejen hartanah bangi, ejen hartanah cheras, ejen hartanah dengkil, ejen hartanah kajang, ejen hartanah nilai, ejen hartanah puchong, ejen hartanah putrajaya, ejen hartanah salak tinggi, ejen hartanah semenyih, ejen hartanah sepang, ejen hartanah shah alam, Garden Homes, Green Villa Bangi, Ingin jual rumah, international, ioi properties, Kajang, Kayu Manis, Kota Seriemas, Kota Warisan, Kuala Lumpur, Legundi, Merab Pesona, Mutiara Bangi, Nilai, Nusari Bayu, Pelangi Semenyih, property, property agent, property expert, property negotiator, Puchong, Putra Damai, Putra Kajang, Putrajaya, real estate agent, Rescom, Rosniza, Semenyih, Semi D, Sendayan, Serdang, Seremban, Seri Bangi, Seri Melati, shah alam, sime darby, Sungai Merab, Taman Bukit Sendayan, Taman Universiti, Terrace For Sale, Tiara Heights, Top property agent, under construction project, Villa Khazanah, Villa Tropika, Vista Seri Putra

PANDUAN MEMILIKI RUMAH PERTAMA SEBELUM MENCAPAI USIA 30 TAHUN

February 14, 2017 by admin Leave a Comment

 

Siapa sahaja yang tidak pernah bermimpi untuk memiliki rumah sendiri pada usia yang masih muda ? Melihat kepada peningkatan harga sesebuah unit rumah dari semasa ke semasa, ramai anak muda telah mula berkira-kira untuk memiliki rumah pertama mereka sebelum mencapai usia 30 tahun. Namun begitu, adakah perkiraan mereka itu tepat semuanya ? Di sini terdapat beberapa panduan yang mungkin boleh dijadikan rujukan. Antaranya:

  1. Menabung

Nampak mudah tetapi tidak ramai yang mampu terus konsisten dalam menabung. Untuk tabungan yang lebih sistematik, buat perkiraan secara kasar jumlah wang yang dapat disimpan setiap bulan daripada gaji anda. Asingkan terus wang untuk tabungan dan untuk perbelanjaan. Ini sangat membantu dalam memastikan jumlah tabungan bulanan anda sentiasa konsisten kecuali jika berlaku perkara yang tidak dijangka seperti mengalami kemalangan dan memerlukan kos pembiayaan yang mahal. Jumlah tabungan bulanan anda mungkin berubah tetapi tidak akan terlalu terjejas jika anda memulakan amalan menabung dari awal lagi.

  1. Tambah pendapatan

Salah satu cara untuk mencapai jumlah wang yang diperlukan untuk memiliki rumah idaman anda lebih awal, adalah dengan mencari sumber pendapatan kedua. Ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan total simpanan wang bulanan anda. Ia juga bagi menampung perbelanjaan asas yang sepatutnya ditampung melalui sumber pendapatan pertama. Ada pelbagai cara untuk menambah pendapatan seperti bisnes secara online, kerja secara ‘part-timer’, dropshiper, ejen takaful dan sebagainya. Antara mahu atau tidak sahaja.

  1. Elakkan berhutang

Ukur baju di badan sendiri. Ajar diri untuk membeli secara tunai. Sebolehnya elakkan daripada berhutang. Jangan ikut cara orang. Jika ingin merasa hidup senang, bergaya dan mewah, berusahalah. Jangan sesekali bergaya dengan cara berhutang. Ramai antara kita yang mudah terleka ketika berbelanja. Lebih-lebih lagi dengan menggunakan kad kredit. Sedar tak sedar, kad kredit anda telah mencapai hadnya bahkan melebihi. Masa itu, barulah nak terngadah dek keborosan berbelanja. Pembiayaan peribadi bukan penyelesaian kepada masalah kewangan. Usah gali lubang untuk tutup lubang. Jika tidak mampu, usah berhutang. PTPTN dan hutang-hutang lain juga jangan lupa dilangsaikan dahulu. Status CCRIS dan CTOS perlu dijaga. Rosak CCRIS, maka hancurlah harapan untuk memiliki rumah idaman.

  1. Tangguh kehendak

Bezakan mana satu keperluan mana satu kehendak. Utamakan dahulu keperluan dan tangguhkan kehendak. Adakah memiliki pakaian baharu setiap kali gaji itu suatu keperluan ? Adakah melancong ke luar mahupun dalam negara setiap kali cuti panjang itu suatu keperluan ? Bukan tidak boleh memanjakan diri dengan berbelanja pakaian baharu ataupun melancong, tetapi untuk mencapai target memiliki rumah sendiri pada usia muda, tangguhkan dahulu segala keseronokan itu. Rumah itu suatu keperluan dan perlu diutamakan. Sampai bila hendak menetap bersama ibubapa ? Adakah setelah mendirikan rumahtangga juga anda akan masih tetap menetap bersama dan membawa anak-anak serta suami atau isteri anda berpindah ke sana ?

  1. Semak kelayakan harga rumah yang layak dimiliki

Semak kelayakan harga rumah yang mampu anda miliki berdasarkan dapatan gaji bulanan anda. Sebagai contoh, jika pendapatan anda layak untuk membeli rumah yang berharga RM150,000, anda perlu ada simpanan deposit rumah lebih kurang 15% daripada harga rumah. Dari situ, anda akan lebih jelas tentang jumlah wang yang patut anda simpan secara bulanan dan tempoh yang anda perlukan untuk mencapai jumlah yang diperlukan.

Filed Under: Category #1, Featured Tagged With: 0162125909, Alam Sari, ampang, Anjung Suasana, Apartment For Sale, auction, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Enstek, Bandar Seri Putra, bandar Seri Sendayan, Bangi Avenue, Banyan Close, Bungalow For Sale, Cheras, ejen hartanah, ejen hartanah ampang, ejen hartanah bandar bukit mahkota, ejen hartanah bandar seri putra, ejen hartanah bangi, ejen hartanah cheras, ejen hartanah dengkil, ejen hartanah kajang, ejen hartanah nilai, ejen hartanah puchong, ejen hartanah putrajaya, ejen hartanah salak tinggi, ejen hartanah semenyih, ejen hartanah sepang, ejen hartanah shah alam, Garden Homes, Green Villa Bangi, Ingin jual rumah, international, ioi properties, Kajang, Kayu Manis, Kota Seriemas, Kota Warisan, Kuala Lumpur, Legundi, Merab Pesona, Mutiara Bangi, Nilai, Nusari Bayu, Pelangi Semenyih, property, property agent, property expert, property negotiator, Puchong, Putra Damai, Putra Kajang, Putrajaya, real estate agent, Rescom, Rosniza, Semenyih, Semi D, Sendayan, Serdang, Seremban, Seri Bangi, Seri Melati, shah alam, sime darby, Sungai Merab, Taman Bukit Sendayan, Taman Universiti, Terrace For Sale, Tiara Heights, Top property agent, under construction project, Villa Khazanah, Villa Tropika, Vista Seri Putra

3 Tips untuk Membeli Rumah Subsale

February 4, 2017 by admin Leave a Comment

 

Anda perlu bersedia beberapa perkara:

1. Pastikan anda mempunyai 10% deposit + legal fee for SPA/SNP

2. Pastikan anda sudah menyemak kelayakan loan, Berapa maksima jumlah yang boleh dipinjam ( boleh pergi kemana2 banker untuk check kelayakan loan)

3. Pastikan anda sudah menyemak status ccris/ctos report ( boleh pergi ke kiosk di bank negara)

Jika perkara 1,2,3 ok , maka anda bolehla mencari rumah mengikut budget anda.

Tahukah anda 3 perkara utama itu adalah penjamin rumah yang anda idamkan dapat dimiliki, tambahan jika rumah yang anda hendak tu menjadi idaman ramai & berada di kawasan HOT!

* Tips tambahan jika anda betul2 confirm, sediakan booking 3% semasa berjumpa perunding hartanah BERDAFTAR ketika anda melihat rumah. Ini kerana, anda perlu ingat mungkin ada 5 orang lagi yang pergi melihat rumah tersebut pada hari yg sama.

Filed Under: Category #1, Featured Tagged With: 0162125909, Alam Sari, ampang, Anjung Suasana, Apartment For Sale, auction, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Enstek, Bandar Seri Putra, bandar Seri Sendayan, Bangi Avenue, Banyan Close, Bungalow For Sale, Cheras, ejen hartanah, ejen hartanah ampang, ejen hartanah bandar bukit mahkota, ejen hartanah bandar seri putra, ejen hartanah bangi, ejen hartanah cheras, ejen hartanah dengkil, ejen hartanah kajang, ejen hartanah nilai, ejen hartanah puchong, ejen hartanah putrajaya, ejen hartanah salak tinggi, ejen hartanah semenyih, ejen hartanah sepang, ejen hartanah shah alam, Garden Homes, Green Villa Bangi, Ingin jual rumah, international, ioi properties, Kajang, Kayu Manis, Kota Seriemas, Kota Warisan, Kuala Lumpur, Legundi, Merab Pesona, Mutiara Bangi, Nilai, Nusari Bayu, Pelangi Semenyih, property, property agent, property expert, property negotiator, Puchong, Putra Damai, Putra Kajang, Putrajaya, real estate agent, Rescom, Rosniza, Semenyih, Semi D, Sendayan, Serdang, Seremban, Seri Bangi, Seri Melati, shah alam, sime darby, Sungai Merab, Taman Bukit Sendayan, Taman Universiti, Terrace For Sale, Tiara Heights, Top property agent, under construction project, Villa Khazanah, Villa Tropika, Vista Seri Putra

Ejen Hartanah Bandar Baru Bangi

January 10, 2017 by admin Leave a Comment

ejen hartanah bandar bukit mahkota bangi

ROSNIZA RESCOM 016-212 5909
Ejen Hartanah Berdaftar
Ingin jual rumah/ tanah/ shop lot anda? Sila hubungi Rosniza 016-2125 909.
Saya adalah Senior Property Negotiator dan mempunyai kepakaran dalam urusan penjualan hartanah seperti rumah, tanah pertanian, tanah perumahan, tanah komersial, dan kedai.
Antara kawasan fokus saya adalah di Bandar Baru Bangi, Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putera, Kajang, Nilai, Semenyih, Cheras, Puchong, Sepang, Salak Tinggi, Putrajaya, Kota Warisan, Seremban dan Kuala Lumpur.
Saya akan membantu anda mendapatkan perkhidmatan peguam, pinjaman bank dan jurunilai hartanah yang terbaik dan menguruskan prosedur penjualan rumah anda.

~~ I AM A REGISTERED REAL ESTATE AGENT YOU CAN TRUST ~~
niza-lesen

Filed Under: Category #1, Featured Tagged With: ejen hartanah ampang, ejen hartanah bandar baru bangi, ejen hartanah bandar bukit mahkota, ejen hartanah bandar seri putra, ejen hartanah bangi, ejen hartanah cheras, ejen hartanah kajang, ejen hartanah putrajaya, ejen hartanah salak tinggi, ejen hartanah semenyih, ejen hartanah shah alam, Kota Warisan, Putrajaya

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • …
  • 10
  • Next Page »

ejen hartanah

ejen hartanah

Agen Hartanah Berdaftar Anda!

Agen Hartanah Berdaftar Anda!

Kawasan Fokus Jualan Rumah & Hartanah

Ejen Hartanah & Ejen Jual Rumah di kawasan Bangi, Kajang, Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Bandar Baru Salak Tinggi, Bdr Baru Putra Nilai, Alam Sari, Cheras, Desa Pinggiran Putra, Putrajaya, Semenyih, Sg Tangkas, Cyberjaya, Bandar Saujana Putra, Putra Heights, Kota Warisan, BTHO, Ampang, Bdr Mahkota Cheras, Bandar Enstek, Kota Seriemas, Dengkil, Seri Kembangan, Puchong, Bandar Kinrara, Puncak Jalil, Shah Alam, Gombak, Selayang, Sg Buloh, Nilai Impian, Pajam, Sendayan, Bangi, Seremban, Senawang, Seksyen 9 Bangi

Rakan Niaga

Property-lovers.com
Rescom Realty
iproperty
propertyguru

Sertai Kami di Facebook!

Copyright © 2026 · AgentPress Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in