Bagaimana Untuk Bina Tabung Kecemasan Ketika Baru Mula Bekerja ?
Katakanlah satu hari kita tiba-tiba nak guna RM4000 sebab ada kecemasan yang tak disangka-sangka, agak-agak kita ada tak simpanan yang boleh kita gunakan untuk hal kecemasan ni? Kenapa pentingnya dana kecemasan ni? Supaya bila ada kejadian yang tak boleh elakkan perlu menggunakan duit, kita tak terkapai-kapai untuk cari duit.
Hidup kita ni tak selalunya boleh jangka. Kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan. Sebagai contoh andai kata tiba-tiba kita kena pecat daripada kerja kita sekarang, adakah kita sudah bersedia? Malah andai kata kita diuji dengan penyakit hingga hilang keupayaan bekerja sementara, adakah kita sudah bersedia? Kita tak boleh jangka apa yang kita bakal hadapi. Kerana itulah pentingnya untuk mulakan tabung kecemasan.
Jadi macam mana nak mulakan tabung kecemasan ni?
#1- Berapa bulan kena menyimpan?
Ada orang kata tabung kecemasan ni bersamaan 6 bulan gaji. Ada orang kata minimum 3 bulan gaji. Sebagai contoh kalua anda bergaji RM1000, sekurang-kurangnya kena ada RM3000 dalam tabung kecemasan. Tak ada yang betul atau salah dalam menentukan berapa bulan dana kecemasan. Tengok kemampuan anda juga. Kalau mampu menyimpan untuk 3 bulan, simpanlah. Yang penting tabung kecemasan ni memang kena penuhkan cepat cepat. Barulah hati tak risau bila tiba-tiba ada sesuatu berlaku.
#2- Simpan mengikut kemampuan
Bila kita dah target nak simpan 3 bulan untuk dana kecemasan, janganlah sampai menyusahkan diri pula. Sebagai contoh kita bergaji RM1000, nak penuhkan dana kecemasan 3 bulan bersamaan RM3000. Janganlah kita simpan semua duit gaji kita terus masuk dalam dana kecemasan. Buat bajet kewangan. Kita tetap kena hidup macam biasa. Nak makan, nak bayar duit sewa rumah, duit pengangkutan pergi tempat kerja lagi. Semua tu kena ambil kira juga. Menyimpan secara berhemah.
#3- Simpan di tempat yang betul
Dimana nak simpan duit untuk tabung kecemasan ni? Seelok-eloknya simpan di tempat yang senang keluar. Sebagai contoh bank yang kita jarang guna. Tapi janganlah keluarkan duit kecemasan tu untuk perkara yang tidakperlu. Pastikan betul-betul terdesak baru keluarkan. Anda juga boleh simpan di tempat yang orang tak boleh agak supaya boleh kurangkan risiko untuk dicuri duit itu.
#4- Bagaimana untuk cukupkan tabung kecemasan ni?
Untuk penuhkan tabung kecemasan ni, anda boleh asingkan awal-awal dari gaji anda. Sebagai contoh 10% dari gaji bulanan asingkan untuk tabung kecemasan. Anda juga boleh cari pendapatan kedua dengan berniaga online untuk tambah dalam tabung kecemasan. Lagi cepat anda penuhkan tabung kecemasan ni, lagi baik.
Kredit: www.halalmoney.my
JCorp Umum Permulaan Naik Taraf Infrastruktur IIBD
KUALA LUMPUR: Johor Corporation (JCorp) mengumumkan permulaan kerja-kerja pembangunan infrastruktur penting bagi Ibrahim International Business District (IIBD), yang merangkumi jejantas bertingkat, jejantas pejalan kaki dan Persada Annexe.
.
Menurut JCorp, pembangunan jejantas bertingkat tersebut dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM120 juta,dijangka bermula pada 2018 untuk tempoh dua tahun dan akan diserahkan kepada pengurusan pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru sebaik ia siap.
.
Katanya, jejantas pejalan kaki sepanjang 268 meter akan dibina bagi menghubungkan JB Sentral ke Persada Annexe melalui Komtar JBCC dan dijangka siap dalam masa 18 bulan dan akan diuruskan berasaskan tempoh konsesi.
.
Ujarnya, Persada Annexe pula akan menempatkan peniaga runcit dalam ruang khas seluas 83,000 kaki persegi dan akan dihubungkan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Johor Bahru menerusi Komtar JBCC dan City Square Mall, Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor dan akan turut dihubungkan ke Coronation Square dan Galleria.
.
“Kerja-kerja menaik taraf infrastruktur awam tersebut merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Pelan Bersepadu Infrastruktur dalam Pelan Induk IIBD bagi memudahkan akses kenderaan dan juga pejalan kaki, di samping menyediakan ruang niaga runcit yang kondusif, selesa dan selamat di Pusat Bandaraya Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
.
Majlis pecah tanah telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan disaksikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim semalam.
.
Kata JCorp, pembangunan infrastruktur awam muncul sebagai satu tumpuan utama untuk memastikan IIBD menjadi lokasi pilihan yang membolehkan warganya dan komuniti perniagaan untuk berkembang maju.
.
“Di bawah teras mobiliti bagi Pelan Induk IIBD, pembangunan dan usaha naik taraf infrastruktur awam akan melibatkan penyediaan kemudahan laluan dan hubungan bagi kenderaan dan pejalan kaki,” ujarnya.
.
Katanya, jejantas bertingkat yang dibina akan bermula dari Koridor Tebrau ke pusat Bandaraya Johor Bahru, menghubungkan IIBD ke Coronation Square.
.
“Penjajaran jalan baharu bagi Jejantas Bertingkat “8” ini akan memberikan laluan langsung yang lebih dekat untuk melancarkan aliran lalu-lintas, justeru memudahkan orang ramai memasuki pusat bandar raya lantas menangani masalah kesesakan lalu-lintas menerusi reka bentuk dan penjajaran jalan yang lebih baik,” katanya.
Sumber: www.utusan.com.my
3 Soalan Wajib Sebelum Beli Rumah Subsale
#1 : Kenapa nak jual ?
Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah tanyakan kepada owner sebab beliau ingin jual rumah tersebut.
“Saya akan berpindah ke Bhutan, sebab tu nak jual rumah ni.”
“Nak jual sebab nak guna duit tanggung kolej anak saya.”
“Nak kahwin dan berpindah ke rumah mak mertua saya.”
“Saya baru nak start band metal. Kena pindah rumah sebab jiran tak tahan bunyi jamming.”
Kenapa anda perlu tahu sebab rumah dijual sebelum membelinya ? Sebab takut kalua-kalau kawasan itu sering berlaku kejadian jenayah seperti kecurian atau rompak. Atau mungkin ada gangguan makhluk halus di unit itu. Sebab itu anda perlu pastikan perkara ini supaya tidak menyesal di kemudian hari.
Anda juga boleh perhatikan cara mereka (owner) menjawab soalan anda. Kalau penjual yang terdesak, biasanya akan jawab soalan dengan bersemangat (eager). Mungkin tanda-tanda ini adalah peluang anda untuk beli rumah pada harga below market value.
#2 : Ada tak sebarang kerosakan?
Seterusnya, pastikan apa kerosakan di unit tersebut sebelum anda membelinya. Anda boleh minta owner untuk senaraikan jenis-jenis kerosakan. Mungkin ada kerosakan yang anda boleh baiki sendiri dan boleh jimatkan wang. Atau jika yang memerlukan khidmat pakar, ia mungkin memakan kos sedikit.
Anda boleh cuba berunding dengan owner untuk rendahkan harga jualan rumah. Daripada harga jualan rumah yang ditawarkan, tolak dengan kos baik pulih kerosakan. Jika harga yang anda minta itu munasabah, owner juga tidak akan teragak-agak untuk bersetuju merendahkan harga.
#3 : Berapa harga yang berbaloi untuk anda bayar?
Untuk ini, anda perlu cari tahu harga semasa jualan rumah di kawasan unit rumah yang anda ingin beli itu. Selalu ingat satu fakta ini. Tiada siapa pun selain valuer professional yang tahu tentang harga pasaran semasa sesebuah hartanah.
Luangkan masa dan pergi sendiri ke JPPH atau bank valuer, dan minta rekod transaksi hartanah terkini daripada mereka. Dan ambil untuk tempoh paling kurang 6 bulan.
Anda boleh gunakan data ni sebagai bukti kepada owner. Jadi, owner tak boleh suka-suka hati meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding market value semasa (over-priced).
Permohonan Maju Kawasan Baharu Ditolak
KUALA LUMPUR: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menolak sebarang permohonan pemaju iaitu Petaling Tin Berhad untuk membangunkan kawasan perumahan baharu di Taman Kelab Ukay, Ampang.
.
Yang Dipertua MPAJ, Abd. Hamid Hussain berkata, tindakan itu diambil berikutan pemaju gagal memberi hak milik kediaman ke atas 447 pemilik perumahan berdasarkan pembangunan lama di kawasan tersebut.
.
“Ada sebahagian lagi tanah pemaju yang sama di kawasan tersebut dan mereka pernah memohon kepada MPAJ untuk membangunkan kawasan itu tetapi ditolak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
.
Beliau mengulas mengenai isu pemaju tidak menjelaskan bayaran premium sebanyak RM11.5 juta kepada Pejabat Tanah dan Galian Selangor sehingga menyebabkan penduduk gagal mendapatkan hak milik kediaman meskipun 33 tahun menanti.
.
Mengulas lanjut Abd. Hamid berkata, MPAJ bertindak melakukan pecah sempadan dan tugasan ukuran pelan seperti dikemukakan pemaju.
.
“MPAJ juga menerima desakan penduduk dalam beberapa siri pertemuan sebelum ini dengan meminta supaya memberi tekanan kepada pemaju bagi merungkai permasalahan berkenaan.
.
“Buat masa ini tidak ada sebarang pertemuan diadakan bersama pemaju, namun keputusan mengenainya telah dibuat.
.
“Urusan bayaran premium itu adalah urusan pemaju dengan pejabat tanah dan galian,” katanya.
Sumber: www.utusan.com.my
TPM Rasmi Pecah Tanah Kemudahan Awam IIBD
JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Majlis Pecah Tanah Kemudahan Awam Ibrahim international Business District (IIBD) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (Persada) di sini sebentar tadi.
.
Pembangunan kemudahan penting itu merangkumi jejantas bertingkat, jejantas pejalan dan ruang niaga serta tempat letak kereta (Persada Annexe) yang akan meningkatkan kemudahsampaian dan saling hubungan IIBD.
.
Kerja naik taraf infrastruktur awam di pusat bandar raya ini adalah sebahagian pelaksanaan Pelan Bersepadu Infrastruktur dalam Pelan Induk IIBD bagi kemudahan kenderaan dan pejalan kaki di samping menyediakan ruang niaga yang kondusif, selesa serta selamat.
.
Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata, kemudahan itu perlu memandangkan IIBD bakal menjadi hab pelaburan baharu yang pesat berkembang di rantau ini.
.
“Ketiga-tiga komponen kemudahan rakyat itu iaitu jejantas bertingkat, jejantas pejalan kaki dan Persada Annexe mempunyai peranan untuk memastikan kemudahan dengan rangkaian yang terhubung.
.
“Ini bertujuan meningkatkan kesinambungan seterusnya mengukuhkan lagi pusat perniagaan dan hubungan masyarakat,” katanya.
Sumber: www.utusan.com.my
- « Previous Page
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- …
- 14
- Next Page »