Katakanlah satu hari kita tiba-tiba nak guna RM4000 sebab ada kecemasan yang tak disangka-sangka, agak-agak kita ada tak simpanan yang boleh kita gunakan untuk hal kecemasan ni? Kenapa pentingnya dana kecemasan ni? Supaya bila ada kejadian yang tak boleh elakkan perlu menggunakan duit, kita tak terkapai-kapai untuk cari duit.
Hidup kita ni tak selalunya boleh jangka. Kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan. Sebagai contoh andai kata tiba-tiba kita kena pecat daripada kerja kita sekarang, adakah kita sudah bersedia? Malah andai kata kita diuji dengan penyakit hingga hilang keupayaan bekerja sementara, adakah kita sudah bersedia? Kita tak boleh jangka apa yang kita bakal hadapi. Kerana itulah pentingnya untuk mulakan tabung kecemasan.
Jadi macam mana nak mulakan tabung kecemasan ni?
#1- Berapa bulan kena menyimpan?
Ada orang kata tabung kecemasan ni bersamaan 6 bulan gaji. Ada orang kata minimum 3 bulan gaji. Sebagai contoh kalua anda bergaji RM1000, sekurang-kurangnya kena ada RM3000 dalam tabung kecemasan. Tak ada yang betul atau salah dalam menentukan berapa bulan dana kecemasan. Tengok kemampuan anda juga. Kalau mampu menyimpan untuk 3 bulan, simpanlah. Yang penting tabung kecemasan ni memang kena penuhkan cepat cepat. Barulah hati tak risau bila tiba-tiba ada sesuatu berlaku.
#2- Simpan mengikut kemampuan
Bila kita dah target nak simpan 3 bulan untuk dana kecemasan, janganlah sampai menyusahkan diri pula. Sebagai contoh kita bergaji RM1000, nak penuhkan dana kecemasan 3 bulan bersamaan RM3000. Janganlah kita simpan semua duit gaji kita terus masuk dalam dana kecemasan. Buat bajet kewangan. Kita tetap kena hidup macam biasa. Nak makan, nak bayar duit sewa rumah, duit pengangkutan pergi tempat kerja lagi. Semua tu kena ambil kira juga. Menyimpan secara berhemah.
#3- Simpan di tempat yang betul
Dimana nak simpan duit untuk tabung kecemasan ni? Seelok-eloknya simpan di tempat yang senang keluar. Sebagai contoh bank yang kita jarang guna. Tapi janganlah keluarkan duit kecemasan tu untuk perkara yang tidakperlu. Pastikan betul-betul terdesak baru keluarkan. Anda juga boleh simpan di tempat yang orang tak boleh agak supaya boleh kurangkan risiko untuk dicuri duit itu.
#4- Bagaimana untuk cukupkan tabung kecemasan ni?
Untuk penuhkan tabung kecemasan ni, anda boleh asingkan awal-awal dari gaji anda. Sebagai contoh 10% dari gaji bulanan asingkan untuk tabung kecemasan. Anda juga boleh cari pendapatan kedua dengan berniaga online untuk tambah dalam tabung kecemasan. Lagi cepat anda penuhkan tabung kecemasan ni, lagi baik.
Kredit: www.halalmoney.my
Leave a Reply