Ejen Hartanah Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cheras, Kajang, Putrajaya, Seri Kembangan, Nilai, Semenyih, Puchong, Kuala Lumpur, Sepang, Salak Tinggi, Putra Height

Ejen Hartanah Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cheras, Kajang, Putrajaya, Seri Kembangan, Nilai, Semenyih, Puchong, Kuala Lumpur, Sepang, Salak Tinggi, Putra Height

  • HOME
  • Service
  • Senarai Hartanah
    • All Listings
    • Active
    • Sold
  • INFO
  • For Seller/Owner
    • Selling Properties
    • Sell Property
    • For Buyer
      • Buy Property
  • Contact Us
    • About Us
      • My Duty
      • My Area

JCorp Umum Permulaan Naik Taraf Infrastruktur IIBD

May 18, 2017 by admin Leave a Comment


KUALA LUMPUR: Johor Corporation (JCorp) mengumumkan permulaan kerja-kerja pembangunan infrastruktur penting bagi Ibrahim International Business District (IIBD), yang merangkumi jejantas bertingkat, jejantas pejalan kaki dan Persada Annexe.
.
Menurut JCorp, pembangunan jejantas bertingkat tersebut dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM120 juta,dijangka bermula pada 2018 untuk tempoh dua tahun dan akan diserahkan kepada pengurusan pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru sebaik ia siap.
.
Katanya, jejantas pejalan kaki sepanjang 268 meter akan dibina bagi menghubungkan JB Sentral ke Persada Annexe melalui Komtar JBCC dan dijangka siap dalam masa 18 bulan dan akan diuruskan berasaskan tempoh konsesi.
.
Ujarnya, Persada Annexe pula akan menempatkan peniaga runcit dalam ruang khas seluas 83,000 kaki persegi dan akan dihubungkan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Johor Bahru menerusi Komtar JBCC dan City Square Mall, Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor dan akan turut dihubungkan ke Coronation Square dan Galleria.
.
“Kerja-kerja menaik taraf infrastruktur awam tersebut merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Pelan Bersepadu Infrastruktur dalam Pelan Induk IIBD bagi memudahkan akses kenderaan dan juga pejalan kaki, di samping menyediakan ruang niaga runcit yang kondusif, selesa dan selamat di Pusat Bandaraya Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
.
Majlis pecah tanah telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan disaksikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim semalam.
.
Kata JCorp, pembangunan infrastruktur awam muncul sebagai satu tumpuan utama untuk memastikan IIBD menjadi lokasi pilihan yang membolehkan warganya dan komuniti perniagaan untuk berkembang maju.
.
“Di bawah teras mobiliti bagi Pelan Induk IIBD, pembangunan dan usaha naik taraf infrastruktur awam akan melibatkan penyediaan kemudahan laluan dan hubungan bagi kenderaan dan pejalan kaki,” ujarnya.
.
Katanya, jejantas bertingkat yang dibina akan bermula dari Koridor Tebrau ke pusat Bandaraya Johor Bahru, menghubungkan IIBD ke Coronation Square.
.
“Penjajaran jalan baharu bagi Jejantas Bertingkat “8” ini akan memberikan laluan langsung yang lebih dekat untuk melancarkan aliran lalu-lintas, justeru memudahkan orang ramai memasuki pusat bandar raya lantas menangani masalah kesesakan lalu-lintas menerusi reka bentuk dan penjajaran jalan yang lebih baik,” katanya.

Sumber: www.utusan.com.my

Filed Under: Category #1, Featured Tagged With: 0162125909, Alam Sari, ampang, Anjung Suasana, Apartment For Sale, auction, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Enstek, Bandar Seri Putra, bandar Seri Sendayan, Bangi Avenue, Banyan Close, Bungalow For Sale, Cheras, ejen hartanah, ejen hartanah ampang, ejen hartanah bandar bukit mahkota, ejen hartanah bandar seri putra, ejen hartanah bangi, ejen hartanah cheras, ejen hartanah dengkil, ejen hartanah kajang, ejen hartanah nilai, ejen hartanah puchong, ejen hartanah putrajaya, ejen hartanah salak tinggi, ejen hartanah semenyih, ejen hartanah sepang, ejen hartanah shah alam, Garden Homes, Green Villa Bangi, Ingin jual rumah, international, ioi properties, Kajang, Kayu Manis, Kota Seriemas, Kota Warisan, Kuala Lumpur, Legundi, Merab Pesona, Mutiara Bangi, Nilai, Nusari Bayu, Pelangi Semenyih, property, property agent, property expert, property negotiator, Puchong, Putra Damai, Putra Kajang, Putrajaya, real estate agent, Rescom, Rosniza, Semenyih, Semi D, Sendayan, Serdang, Seremban, Seri Bangi, Seri Melati, shah alam, sime darby, Sungai Merab, Taman Bukit Sendayan, Taman Universiti, Terrace For Sale, Tiara Heights, Top property agent, under construction project, Villa Khazanah, Villa Tropika, Vista Seri Putra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ejen hartanah

ejen hartanah

Agen Hartanah Berdaftar Anda!

Agen Hartanah Berdaftar Anda!

Kawasan Fokus Jualan Rumah & Hartanah

Ejen Hartanah & Ejen Jual Rumah di kawasan Bangi, Kajang, Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Bandar Baru Salak Tinggi, Bdr Baru Putra Nilai, Alam Sari, Cheras, Desa Pinggiran Putra, Putrajaya, Semenyih, Sg Tangkas, Cyberjaya, Bandar Saujana Putra, Putra Heights, Kota Warisan, BTHO, Ampang, Bdr Mahkota Cheras, Bandar Enstek, Kota Seriemas, Dengkil, Seri Kembangan, Puchong, Bandar Kinrara, Puncak Jalil, Shah Alam, Gombak, Selayang, Sg Buloh, Nilai Impian, Pajam, Sendayan, Bangi, Seremban, Senawang, Seksyen 9 Bangi

Rakan Niaga

Property-lovers.com
Rescom Realty
iproperty
propertyguru

Sertai Kami di Facebook!

Copyright © 2023 · AgentPress Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in