Kini menjadi satu trend kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga pada usia awal 20-an. Kebanyakkan mereka masih lagi meneruskan pelajaran ataupun sudah bekerja. Mereka masih lagi tidak mempunyai pengalaman dalam membuat keputusan untuk membeli sebuah rumah yang menjadi tempat pelindungan bagi keluarga mereka kelak. Oleh itu, tip ini serba sedikit dapat membantu mereka dalam menilai bagaimana untuk memiliki aset sendiri.
1- KAJI DAN PILIH LOKASI YANG STRATEGIK
Anda perlu membuat kajian tentang lokasi yang ingin anda beli dan lawat kawasan tersebut supaya memudahkan anda membuat keputusan. Anda perlu meneliti aspek penting yang memudahkan anda jika anda mendiami kawasan tersebut seperti kemudahan pengangkutan awam serta akses mudah ke lebuh raya. Selain itu, pemilihan lokasi juga haruslah mengikut keutamaan yang anda inginkan. Jika anda merupakan pasangan muda yang sudah bekerja, anda pastinya ingin memiliki rumah yang berdekatan dengan tempat kerja anda. Tetapi bagi pasangan muda yang masih belajar, anda perlu memikirkan lokasi tempat kerja yang bakal anda mohon supaya memudahkan anda menkaji lokasi tersebut.
2- PILIH LOKASI MENGIKUT BAJET ANDA
Anda perlu menetapkan bajet rumah yang ingin anda beli terlebih dahulu supaya anda dapat fokus dalam membuat keputusan. Pasangan muda yang pertama kali membeli rumah layak mendapatkan 90% margin pinjaman gadai janji. Selain itu, anda perlu menyediakan 20% ke 30% (daripada harga jualan rumah) untuk membayar deposit rumah, yuran guaman, setem duti dan bayaran lain yang berkaitan dengan pinjaman yang anda buat. Anda perlulah menentukan dahulu jumlah pinjaman yang layak anda dapat daripada pihak bank supaya anda membeli mengikut kemampuan pendapatan anda.
3- SASARKAN UNTUK MEMBELI RUMAH ATAS TANAH (LANDED PROPERTY)
Pasangan muda perlulah menetapkan matlamat mereka untuk menjadikan rumah pertama mereka adalah rumah atas tanah (landed). Tidak kira sama ada rumah teres setingkat, 2 tingkat atau rumah bangle (jika modal mencukupi). Walaupun harga rumah atas tanah lebih mahal berbanding rumah apartmen ataupun kondominium, tetapi ia mempunyai kelebihan dari segi hakmilik individu untuk setiap unit yang dibeli. Kelulusan pemohonan pinjaman bagi hakmillik serata untuk rumah apartmen dan kondominium kebiasaannya lambat dan pihak bank bergantung pada status rumah yang ingin anda beli. Maka pembelian rumah atas tanah lebih cepat.
bersambung…
Leave a Reply