- NIKMATI FLEKSIBILITI PINJAMAN PERUMAHAN YANG ADA
Pasangan muda boleh melanjutkan pinjaman perumahan sehingga 35 tahun (maksimum). Ini akan membuatkan bayaran bulanan menjadi rendah dan memudahkan anda untuk membeli rumah idaman anda. Selain itu, margin kewangan yang bank berikan andalah sebnayak 90% dan membuatkan bayaran pendahuluan lebih murah (pada 10% daripada harga jualan). Untuk mengurangkan bebanan anda, anda boleh mendapatkan skim gadai janji yang fleksibel dan anda boleh membayar balik pinjaman serta baki tertunggak dalam masa yang singkat.
- BUAT “HOMEWORK” ANDA.
Apabila anda ingin membeli rumah pastinya ramai daripada keluarga dan rakan-rakan yang akan memberikan pendapat mereka, jadi ini akan mengelirukan anda untuk membuat keputusan. Oleh itu, dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar dalam bidang ini dan anda juga boleh terus bertanya kepada ejen hartanah yang mempunyai reputasi yang baik dalam industri bagi menkaji dahulu pasaran semasa hartanah sebelum mengambil sebarang keputusan.
- JANGAN TERBURU-BURU DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN
Anda haruslah berbincang dahulu dengan ahli keluarga dan buat pemeriksaan kali kedua yang berkaitan dengan rumah, lokasi dan proses pembiayaan sebelum bertindak untuk membeli sesebuah rumah.
Antara beberapa faktor yang perlu dikaji adalah:
– Nilai pasaran semasa rumah (elak ‘overpaying’)
-Hal-hal yang bersangkut paut dengan hakmilik hartanah
– Ciri-ciri lokasi hartanah (kaji jika tempat tersebut sering berlaku jenayah, berdekatan dengan kolam pengoksidaan, terdedah dengan masalah banjir dan lain-lain kemungkinan).
-Keadaan fizikal rumah seperti kerosakan binaan rumah, pengubahan struktur rumah secara haram dan lain-lain.
– Buat pengiraan secara spesifik
Jika anda sudah pasti dengan segala persediaan dan maklumat yang anda perlu untuk membeli rumah, seterusnya anda boleh berbincang urusan jual beli rumah dengan pihak yang terlibat.
Semoga tips ini dapat membantu anda dalam merancang dan membuat keputusan untuk membeli rumah kediaman anda dengan cara yang bijak.
Leave a Reply