Ejen Hartanah Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cheras, Kajang, Putrajaya, Seri Kembangan, Nilai, Semenyih, Puchong, Kuala Lumpur, Sepang, Salak Tinggi, Putra Height

Ejen Hartanah Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cheras, Kajang, Putrajaya, Seri Kembangan, Nilai, Semenyih, Puchong, Kuala Lumpur, Sepang, Salak Tinggi, Putra Height

  • HOME
  • Listings
    • All Listings
    • Active
    • Sold
  • INFO
  • For Seller/Owner
    • Selling Properties
    • Sell Property
    • For Buyer
      • Buy Property
  • Contact Us
    • About Us
      • My Duty
      • My Area

TINGKATKAN PELABURAN DENGAN MELUPUSKAN HARTANAH

October 2, 2017 by admin Leave a Comment

Putrajaya: Permodalan Nasional Berhad (PNB) bercadang mempertingkatkan pelaburan luar negaranya lebih kepada pelaburan ekuiti awam dan tidak menolak kemungkinan untuk melupuskan dua hartanahnya di London.

Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, dua hartanah itu ialah Milton & Shire Houses di 1 Silk Street, London EC2 dan Ninety High Holborn di London WC1.

“Selepas lima tahun, PNB meninjau kemungkinan untuk menjual hartanah itu selaras dengan strategi pelaburan kami untuk mencairkan pelaburan apabila mencapai kematangan dan melabur semula hasil jualan untuk pelaburan lain.

“Malah, ia juga peluang terbaik memandangkan terdapat permintaan berterusan hartanah yang baik di United Kingdom walaupun terdapat kebimbangan berhubung Brexit,” katanya pada sesi taklimat bersama media mengenai prestasi PNB bagi suku ketiga 2017 di sini, baru-baru ini.

Sehingga kini, PNB hanya mempunyai 1.9 peratus pendedahan terhadap pelaburan antarabangsa membabitkan pelaburan awam (43 peratus), hartanah (43 peratus) dan tunai (14 peratus) manakala pelaburan domestik kekal tertinggi pada kadar 98.1 peratus.

Abdul Wahid berkata, kesan daripada Brexit menyaksikan peningkatan ketara transaksi hartanah di negara itu dengan transaksi lebih 8 bilion pound Britain pada separuh pertama 2017 berbanding 13.1 bilion pound Britain bagi keseluruhan 2016 berdasarkan statistik laporan hartanah JLL.

Menurutnya, bersandarkan kepada nilai pasaran semasa hartanah itu, PNB dijangka merealisasikan pulangan ketara lebih 20 peratus kadar pulangan dalaman (IRR) setahun yang diraih daripada peningkatan harga, struktur pembiayaan berkesan dan keuntungan daripada tukaran asing.

“Setiap dana diterima daripada penjualan ini akan dilaburkan semula ke dalam pelaburan lain yang memenuhi kriteria ketat PNB,” katanya.

Laporan berhubung cadangan penjualan dua hartanah itu dikeluarkan dalam artikel bertajuk Fire Sale in London Continues! PNB to Flog Half Billion Pound Properties menerusi media sosial sejak Khamis lalu.

Bagaimanapun, Abdul Wahid berkata, terdapat banyak ketidaktepatan dalam artikel itu seperti tarikh pembelian dua hartanah berkenaan dan pembiayaan pembelian yang dimuktamadkan pada suku pertama 2012, bukan pada 2014 seperti didakwa.

Sumber Harian Metro

Filed Under: Category #1, Featured Tagged With: 0162125909, Alam Sari, ampang, Anjung Suasana, Apartment For Sale, auction, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Enstek, Bandar Seri Putra, bandar Seri Sendayan, Bangi Avenue, Banyan Close, Bungalow For Sale, Cheras, D7, ejen hartanah, ejen hartanah ampang, ejen hartanah bangi, ejen hartanah cheras, ejen hartanah dengkil, ejen hartanah kajang, ejen hartanah nilai, ejen hartanah puchong, ejen hartanah putrajaya, ejen hartanah salak tinggi, ejen hartanah semenyih, ejen hartanah sepang, ejen hartanah shah alam, Garden Homes, Green Villa Bangi, house for sale, Ingin jual rumah, international, ioi, Kajang, Kayu Manis, Kota Seriemas, Kota Warisan, Kuala Lumpur, Legundi, Merab Pesona, Mutiara Bangi, Nilai, Nusari Bayu, Pelangi Semenyih, property, property agent, property expert, property negotiator, Puchong, Putra Damai, Putra Kajang, Putrajaya, real estate agent, Rescom, Rosniza, Rumah untuk dijual, Semenyih, Semi D, Sendayan, Serdang, Seremban, Seri Bangi, Seri Melati, shah alam, sime darby, Sungai Merab, Taman Bukit Sendayan, Taman Universiti, Terrace For Sale, Tiara Heights, Top, under construction project, Villa Khazanah, Villa Tropika, Vista Seri Putra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Featured Agent

Senior Property Negotiator.
Property Specialist in area of Bandar Baru Bangi, Kajang, Putrajaya, Puchong, Salak Tinggi, Semenyih, Cheras, Nilai, Dengkil etc.

Focus Area

Bangi, Kajang, Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Bandar Baru Salak Tinggi, Bdr Baru Putra Nilai, Alam Sari, Cheras, Desa Pinggiran Putra, Putrajaya, Semenyih, Sg Tangkas, Cyberjaya, Bandar Saujana Putra, Putra Heights, Kota Warisan, BTHO, Ampang, Bdr Mahkota Cheras, Bandar Enstek, Kota Seriemas, Dengkil, Seri Kembangan, Puchong, Bandar Kinrara, Puncak Jalil, Shah Alam, Gombak, Selayang, Sg Buloh, Nilai Impian, Pajam, Sendayan, Bangi, Seremban, Senawang, Seksyen 9 Bangi

Property Link

Property-lovers.com
Rescom Realty
iproperty
propertyguru<

Join Us On Facebook!

Copyright © 2021 · AgentPress Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in