Ejen Hartanah Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cheras, Kajang, Putrajaya, Seri Kembangan, Nilai, Semenyih, Puchong, Kuala Lumpur, Sepang, Salak Tinggi, Putra Height

Ejen Hartanah Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cheras, Kajang, Putrajaya, Seri Kembangan, Nilai, Semenyih, Puchong, Kuala Lumpur, Sepang, Salak Tinggi, Putra Height

  • HOME
  • Service
  • Senarai Hartanah
    • All Listings
    • Active
    • Sold
  • INFO
  • For Seller/Owner
    • Selling Properties
    • Sell Property
    • For Buyer
      • Buy Property
  • Contact Us
    • About Us
      • My Duty
      • My Area

Mengapa ramai pelabur senior suka beli rumah second hand?

February 28, 2017 by admin Leave a Comment

 

Anda mampu untuk menanggung deposit 10% dan ingin menjana keuntungan sewa dengan cepat dalam pelaburan hartanah?

Rumah subsale atau second hand adalah pilihan terbaik untuk anda. Mudah sahaja. Rumah sudah sedia ada dan tak perlu lagi melabur masa menunggu pemaju siap bina. Semua sudah ada depan mata. Tunggu masa saja menjana pendapatan melalui rumah itu.

Tapi sebelum anda membeli rumah subsale, anda pasti ingin tahu kelebihan yang ada dalam pasaran ini kan ? Hadamkan 7 kelebihan rumah second hand ini.

 

“Rumah second hand pasti buat untung” – Sejauh mana kebenaran statement ini?

 

Rumah second hand (atau rumah terpakai) ini memang banyak dalam pasaran. Cuma bila banyak tu, anda perlu tahu nak pilih dan beli yang mana satu sebab tak semua rumah subsale dijamin boleh buat untung. Belum kira lagi owner rumah yang cuba menipu anda dan buatkan anda rugi teruk.

Apabila anda ingin membeli rumah dalam kategori ni, penting untuk anda periksa sama ada mereka adalah pemilik sah atau sebaliknya. Anda boleh dapatkan maklumat terperinci di Pejabat Tanah.

Sebab itu sebelum beli mana-mana rumah subsale, dapatkan dulu geran daripada penjual supaya anda boleh semak dahulu perkara ni.

 

5 Kekurangan Yang Perlu Anda Hadapi Apabila Membeli Rumah Second Hand

#1: Bukan mudah mencari rumah second hand yang menjana keuntungan yang banyak

Untuk mencari rumah subsale dengan urusan jual beli dan potensi yang terbaik, memang tidak mudah. Anda perlu usaha lebih sedikit untuk mencarinya.

Rumah second hand ni macam-macam ragam. Jangan terkejut jika anda terjumpa rumah yang harganya tinggi melambung tetapi kondisinya mengecewakan dan tidak berbaloi dengan harga yang mahal itu.

Dan itu semua perkara biasa.

 

Paling ketara adalah segala kerja yang perlu anda lakukan dalam mencari rumah second hand yang terbaik. Anda perlu periksa:

  • Keadaan (condition) unit yang anda ingin beli
  • Harga pasaran terkini (market valuation)
  • Pasaran dan untung sewa semasa unit yang ingin dibeli

Anda juga perlu berjumpa dengan penjual, ejen hartanah, dan juga peguam bagi tujuan negotiation (berunding). Pendek kata, memang banyak kerja yang perlu anda lakukan.

 

#2: Banyak perkara yang belum tentu

Ada kes yang mana pembeli tertipu oleh penjual  pada saat akhir seperti menaikkan harga jualan atau membatalkan untuk menjual unit tu. Akhirnya, kita (pembeli) yang melopong.

Lagi satu, anda perlu berjaga-jaga dengan bank valuation (valuasi oleh bank). Jika valuasi unit yang anda ingin beli itu lebih tinggi berbanding harga jualan, anda sendiri yang perlu menanggung bayaran lebihan yang ada.

Sebab itu, perlu untuk anda dapatkan maklumat tentang valuasi rumah yang ingin dibeli. Ini supaya anda tidak terlebih bayar harga yang sepatutnya, dan tidak terkena seperti situasi di atas.

 

#3: Harga jualan rumah terlalu murah – O.K ke K.O?

Murah tidak semestinya confirm boleh buat untung. Ada juga kes yang mana owner terdesak untuk menjual rumah, hinggakan mereka sanggup merendahkan harga jualan habis-habisan.

Tapi, semua ini juga ada petanda yang anda (pembeli) ada bau-bau bakal menjadi mangsa si penipu. Jika harga jualan terlalu rendah berbanding harga biasa, pasti ada “udang di sebalik batu”.

Pasti ada sebab mengapa owner tersebut ingin menjual murah. Mungkin kawasan rumah itu selalu berlaku kejadian jenayah atau mungkin unit itu berhantu. Nampak macam tak serius? Tanya diri anda sendiri. Adakah anda mahu menetap di unit yang bermasalah?

Jika anda sendiri tak ingin menetap di situ, tiada sebab juga untuk orang lain menghuni di unit tu.

 

#4: Kos yang perlu ditanggung

Untuk pembelian unit second hand, perkara penting yang perlu anda jaga adalah kos pemulaan (entry cost) yang agak tinggi. Kos permulaan membeli rumah second hand tidak sama seperti membeli rumah undercon.

Mungkin anda boleh membeli rumah undercon dengan hanya membayar duit booking sahaja. Tetapi dalam pasaran rumah second hand, susah untuk dapat peluang seperti itu.

Kebanyakan penjual pasti ingin mendapatkan initial deposit (deposit awal) daripada pembeli. Bukan setakat itu sahaja yang perlu anda tanggung. Anda juga perlu sediakan tunai yang cukup untuk perkara di bawah ini:

 

  • Kos untuk dapatkan loan rumah
  • Kos insuran (MRTA dan juga Insuran Kebakaran)
  • Kos valuation rumah
  • Kos duti setem
  • Kos dan fi guaman
  • Deposit utiliti (air dan api)
  • 10% deposit awal,
  • Kos renovation dan baik pulih rumah, dan lain-lain yang berkaitan

Tak kira apa pun jenis rumah yang ingin anda beli, kaji dulu betul-betul untuk mengelak daripada membeli unit yang overprice (harga terlampau mahal).

 

#5: Tidak semua bank rela memberi pinjaman

Tidak ramai yang tahu akan perkara ni. Ada bank yang susah untuk melepaskan loan jika anda membeli sesetengah unit rumah second hand dalam sesebuah kawasan.

Antara sebab perkara ini berlaku adalah:

  • Unit itu berdekatan dengan kawasan banjir, tanah runtuh, atau sebagainya
  • Banyak berlaku kejadian jenayah dalam kawasan itu
  • Masalah daripada segi title rumah itu, dan lain-lain

Dan atas sebab ini, anda perlu pastikan rumah yang anda ingin beli itu bebas daripada sebarang masalah yang disebutkan tadi.

 

7 Point Yang Akan Mengubah Pandangan Anda Tentang Rumah Second Hand

#1: Anda tidak perlu membuat unjuran yang bukan-bukan

Pasaran rumah second hand memang sudah sedia ada. Bermakna, tidak susah lagi untuk anda mencari data dan membuat sebarang projection yang kurang tepat.

Lagipun, lebih selamat untuk anda bermain dalam pasaran rumah second hand berbanding undercon dan juga lelong. Lebih-lebih lagi jika unit yang anda ingin beli itu berada dalam kawasan yang sudah sedia matang. Jika beli rumah di situ, memang senang untuk anda menjana wang.

 

#2: Prospek atau penyewa sudah tersedia

Dalam pasaran rumah second hand, tak susah untuk anda mencari penyewa. Penyewa sentiasa ada dan tinggal masa untuk anda tarik perhatian dan minat mereka sahaja.

Dalam hal ni, sudah tentu anda perlu buat kerja sikit dalam mengkaji target market yang sesuai.

Sebagai seorang pelabur hartanah, sesuai sangat untuk anda menganggap penyewa sebagai pelanggan. Ini kerana jika tiada penyewa, anda tidak akan dapat menjana keuntungan melalui sewaan. Dan duit sewa itu, anda boleh declare dengan bank sebagai sumber pendapatan.

 

#3: Kurang spekulasi berbanding pasaran hartanah yang lain

Tidak seperti pasaran hartanah undercon yang banyak permainan spekulasi dan kadang-kadang hingga tidak terkawal, pasaran rumah second hand kurang masalah seperti ini.

Ini kerana pasaran rumah second hand berpandukan pada harga transaksi yang terdahulu. Jadi, penjual tidak boleh senang-senang menipu pembeli dengan meletakkan harga jualan yang melampau.

 

#4: Ada potensi dapatkan harga rendah daripada market value

Harga pasaran adalah harga purata paling kurang 3 rumah yang sama dari segi saiz, jumlah bilik tidur dan bilik air, dan lain-lain perkara dalam satu kawasan yang sama.

Anda perlu tahu, biasanya asking price (harga permintaan) daripada penjual lebih tinggi berbanding harga pasaran. Tapi jangan risau. Masih ada peluang untuk mendapatkan harga below market value daripada penjual.

 

#5: Tidak berdepan dengan masalah projek terbengkalai

Pasaran rumah second hand lebih selamat jika dibandingkan dengan pasaran undercon. Ini kerana anda tidak perlu risau lagi tentang projek terbengkalai. Rumah yang anda ingin beli itu memang sudah sedia ada dalam pasaran secara fizikal.

Dengan ini, anda sudah boleh merangka plan untuk menjana keuntungan sewaan mengikut harga pasaran semasa. Jika projek undercon, anda tidak dapat berbuat seperti ini.

 

#6: Anda kurang terkesan jika ekonomi negara merundum

Bayangkan anda telah membeli satu unit undercon kategori high-rise. Seperti biasa, projek itu akan mengambil masa maksimum 3 tahun untuk siap.

Satu masalah untuk anda jika dalam masa 3 tahun itu, ekonomi negara merundum. Rumah baru siap, tetapi susah untuk di­sewakan atau dijual semula.

Lagi satu, sanggupkah anda menjual semula pada harga yang lebih rendah berbanding harga yang anda beli dahulu ?

Jika membeli rumah second hand, anda lebih terjamin. Dengan pasaran yang sudah sedia ada itu, anda tidak akan terlalu terkesan dengan kejatuhan ekonomi yang berlaku.

 

#7: Anda boleh buat mark up loan

Ini sebab mengapa ramai orang suka beli rumah second hand. Anda berpeluang membuat mark up loan untuk mendapatkan duit lebih daripada bank dengan beberapa teknik yang ada.

Biasanya, ramai yang buat mark up untuk:

  • Langsaikan hutang yang ada
  • Untuk renovation atau baiki kerosakan dalam rumah yang dibeli
  • Sebagai modal untuk menambah koleksi rumah pelaburan, atau lain-lain

Filed Under: Category #1, Featured Tagged With: 0162125909, Alam Sari, ampang, Anjung Suasana, Apartment For Sale, auction, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Enstek, Bandar Seri Putra, bandar Seri Sendayan, Bangi Avenue, Banyan Close, Bungalow For Sale, Cheras, ejen hartanah, ejen hartanah ampang, ejen hartanah bandar bukit mahkota, ejen hartanah bandar seri putra, ejen hartanah bangi, ejen hartanah cheras, ejen hartanah dengkil, ejen hartanah kajang, ejen hartanah nilai, ejen hartanah puchong, ejen hartanah putrajaya, ejen hartanah salak tinggi, ejen hartanah semenyih, ejen hartanah sepang, ejen hartanah shah alam, Garden Homes, Green Villa Bangi, Ingin jual rumah, international, ioi properties, Kajang, Kayu Manis, Kota Seriemas, Kota Warisan, Kuala Lumpur, Legundi, Merab Pesona, Mutiara Bangi, Nilai, Nusari Bayu, Pelangi Semenyih, property, property agent, property expert, property negotiator, Puchong, Putra Damai, Putra Kajang, Putrajaya, real estate agent, Rescom, Rosniza, Semenyih, Semi D, Sendayan, Serdang, Seremban, Seri Bangi, Seri Melati, shah alam, sime darby, Sungai Merab, Taman Bukit Sendayan, Taman Universiti, Terrace For Sale, Tiara Heights, Top property agent, under construction project, Villa Khazanah, Villa Tropika, Vista Seri Putra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ejen hartanah

ejen hartanah

Agen Hartanah Berdaftar Anda!

Agen Hartanah Berdaftar Anda!

Kawasan Fokus Jualan Rumah & Hartanah

Ejen Hartanah & Ejen Jual Rumah di kawasan Bangi, Kajang, Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Bandar Baru Salak Tinggi, Bdr Baru Putra Nilai, Alam Sari, Cheras, Desa Pinggiran Putra, Putrajaya, Semenyih, Sg Tangkas, Cyberjaya, Bandar Saujana Putra, Putra Heights, Kota Warisan, BTHO, Ampang, Bdr Mahkota Cheras, Bandar Enstek, Kota Seriemas, Dengkil, Seri Kembangan, Puchong, Bandar Kinrara, Puncak Jalil, Shah Alam, Gombak, Selayang, Sg Buloh, Nilai Impian, Pajam, Sendayan, Bangi, Seremban, Senawang, Seksyen 9 Bangi

Rakan Niaga

Property-lovers.com
Rescom Realty
iproperty
propertyguru

Sertai Kami di Facebook!

Copyright © 2025 · AgentPress Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in