Ejen Hartanah Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cheras, Kajang, Putrajaya, Seri Kembangan, Nilai, Semenyih, Puchong, Kuala Lumpur, Sepang, Salak Tinggi, Putra Height

Ejen Hartanah Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cheras, Kajang, Putrajaya, Seri Kembangan, Nilai, Semenyih, Puchong, Kuala Lumpur, Sepang, Salak Tinggi, Putra Height

  • HOME
  • Service
  • Senarai Hartanah
    • All Listings
    • Active
    • Sold
  • INFO
  • For Seller/Owner
    • Selling Properties
    • Sell Property
    • For Buyer
      • Buy Property
  • Contact Us
    • About Us
      • My Duty
      • My Area

“Jangan beli hartanah sekarang”

March 24, 2017 by admin Leave a Comment

Jutawan hartanah muda, Dr Azizul Azli Ahmad apabila ditanya tentang pandangan Prof Dr Ho Ke Ping tentang saranan beliau agar orang muda jangan beli hartanah dan tunggu harga hartanah akan jatuh 2 tahun dari sekarang. Ini pandangan beliau.

“Izinkan saya beri sedikit pandangan bila banyak yang bertanya. Saya dan beberapa sahabat saya senantiasa menulis tentang celik hartanah sejak tahun 2013. Kita cuba beri kesedaran hartanah pada golongan muda.

Saranan ini (jangan beli hartanah dan tunggu harga hartanah jatuh 2 tahun dari sekarang) bukan baru anak muda, tahun 2007-2008 saya pernah dengar saranan yang sama di media. Semua orang kelam kabut dan ‘share’ merata dunia. Jangan beli hartanah katanya.

Kita sambut ‘baik saranan’ ini dan akhirnya nilai hartanah terus kekal menaik. Hari ini heboh lagi agar jangan beli rumah atau hartanah.

Anak muda yang kacak dan jelita,

Belian hartanah ada 3 cara, beli dari pemaju, pasaran sekunder dan pasaran lelongan. Pasaran yang dimaksudkan oleh Profesor ini mungkin belian dari pemaju.

Ada dua pasaran lagi yang kita boleh beli, iaitu sekunder atau bahasa kampungnya rumah terpakai dan hartanah terlelong. Pasaran ini sering dipandang sepi oleh golongan muda.

Kata mereka rumah ini tak cantik dan tidak wangi. Pasaran sekunder mula terjual banyak dibawah harga pasaran tahun ini, dan kadang kala harga ditentukan pembeli apabila penjual terdesak.

Beli hartanah bukan soal waktu, ia soal kita telah bersedia atau tidak. Jika kita telah bersedia untuk ada komitmen membayar pembiayaan rumah, silakan beli sahaja.

Jika kita tunggu sampainya waktu hartanah jatuh harga, waktu itu ekonomi mungkin sudah caca marba dan gila. Bank bank tentu sukar beri pembiayaan pada kita, kadar pinjaman juga pasti tinggi seperti dulu kala (1997-1998). Bolehkah kita membeli?

Cadangan:

  1. Jangan bermula membeli rumah yang mahal, saya seringkali sarankan anak muda membeli berdasarkan median gaji kita. Bukannya rumah yang kita suka.
  2. Rumah pertama biar kecil dan sederhana. Hitung harga rumah berdasarkan kaki persegi (psf), bukan beli yang ada kolam mandi.

Malangnya ramai orang muda tidak tahu pengiraan rumah yang layak mereka beli berdasarkan gaji. Beli bukan hanya lihat harga tetapi nisbah kemampuan kita. Berapa harga rumah yang sesuai?

Gaji tahunan x 5.5 = harga kediaman yang layak kita dibeli.

Hartanah merupakan aset yang paling lambat terkesan akibat perubahan ekonomi. Ia tidak seperti instruments pelaburan lain yang cepat berubah.

Saya selalu pesan anak muda beli hartanah pada kadar 10%-20% dibawah harga pasaran, jika perubahan berlaku kita masih tidak terkesan.

Beli hartanah ini perlu ada ilmu, jangan terlalu awal atau terlalu lewat, sebab itu kita ajar.

Pemaju juga semakin tertekan tetapi margin keuntungan mereka masih mampu menampung 3 tahun kedepan, mereka telah hitung harga paku dan simen untuk 3 tahun kedepan baru letak harga rumah.

Kebarangkalian pemaju menurunkan harga rumah agak rendah, mereka mula menawarkan pelbagai hadiah percuma dari kipas, aircond dan tv plasma agar iman kita cair dan terus beli rumah.

Menyalahkan kerajaan, pemaju dan pelabur hartanah bukan langkah bijak. Mereka tidak membantu kita, kita harus bantu diri sendiri. Mereka terus rakus sebab mereka suka.

Bak kata ular dalam bangau oh bangau “dah memang makanan saya”

Skim kerajaan dan PR1MA masih dianggap mahal, pasaran sekunder jika kita bijak kita akan ada rumah pertama yang lebih murah dari yang ditawarkan. Saya juga sarankan anak muda beli kediaman permulaan bawah RM200 000 sahaja, pasaran sekunder banyak kediaman jenis ini dimana mana. Hartanah dan kouta bumiputra jika tidak terjual selepas tempoh tertentu akan dibuka kepada golongan bukan bumiputra, ia tidak kekal disitu selamanya.

Apakah kita nak biarkan tanah sekangkang kera ini dibuka kepada bukan bumiputera lagi ?

Ahli akademik dan politik seringkali merungut tentang statistik hartanah di Malaysia mahal, tetapi mereka tidak sediakan jalan keluar kepada masalah ini. Mereka juga suka salahkan orang.

Apakah ia penyelesaian yang baik, bila mahal kita “jangan beli?” Rumah adalah keperluan manusia.

Pelabur tegar hartanah terus kekal membeli dalam keadaan pasaran sekarang, mereka ada matlamat kewangan dan stategik yang disasarkan. Ingat, kita tak tinggal seorang didunia ini. Jika kita tak beli ramai lagi akan membeli.

Akhir kata, mengapa saranan ‘hebat’ ini hanya keluar di media Bahasa Melayu tetapi tidak dimedia bangsa lain. Kita memang suka perkara yang bawa kita kebelakang bukan?

“Jika air dalam cawan masih panas jangan minum ditengahnya, minumlah dibahagian tepi”.

Jika belum mampu beli yang mahal, beli yang kecil dan kawasan pinggiran dulu. Bermulalah sekarang atau 2 tahun nanti kita menyesal. Wallahu A’llam.”

Kredit: Dr Azizul Azli Ahmad, halalmoney.my

Filed Under: Category #1, Featured Tagged With: 0162125909, Alam Sari, ampang, Anjung Suasana, Apartment For Sale, auction, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Enstek, Bandar Seri Putra, bandar Seri Sendayan, Bangi Avenue, Banyan Close, Bungalow For Sale, Cheras, ejen hartanah, ejen hartanah ampang, ejen hartanah bandar bukit mahkota, ejen hartanah bandar seri putra, ejen hartanah bangi, ejen hartanah cheras, ejen hartanah dengkil, ejen hartanah kajang, ejen hartanah nilai, ejen hartanah puchong, ejen hartanah putrajaya, ejen hartanah salak tinggi, ejen hartanah semenyih, ejen hartanah sepang, ejen hartanah shah alam, Garden Homes, Green Villa Bangi, Ingin jual rumah, international, ioi properties, Kajang, Kayu Manis, Kota Seriemas, Kota Warisan, Kuala Lumpur, Legundi, Merab Pesona, Mutiara Bangi, Nilai, Nusari Bayu, Pelangi Semenyih, property, property agent, property expert, property negotiator, Puchong, Putra Damai, Putra Kajang, Putrajaya, real estate agent, Rescom, Rosniza, Semenyih, Semi D, Sendayan, Serdang, Seremban, Seri Bangi, Seri Melati, shah alam, sime darby, Sungai Merab, Taman Bukit Sendayan, Taman Universiti, Terrace For Sale, Tiara Heights, Top property agent, under construction project, Villa Khazanah, Villa Tropika, Vista Seri Putra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ejen hartanah

ejen hartanah

Agen Hartanah Berdaftar Anda!

Agen Hartanah Berdaftar Anda!

Kawasan Fokus Jualan Rumah & Hartanah

Ejen Hartanah & Ejen Jual Rumah di kawasan Bangi, Kajang, Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Bandar Baru Salak Tinggi, Bdr Baru Putra Nilai, Alam Sari, Cheras, Desa Pinggiran Putra, Putrajaya, Semenyih, Sg Tangkas, Cyberjaya, Bandar Saujana Putra, Putra Heights, Kota Warisan, BTHO, Ampang, Bdr Mahkota Cheras, Bandar Enstek, Kota Seriemas, Dengkil, Seri Kembangan, Puchong, Bandar Kinrara, Puncak Jalil, Shah Alam, Gombak, Selayang, Sg Buloh, Nilai Impian, Pajam, Sendayan, Bangi, Seremban, Senawang, Seksyen 9 Bangi

Rakan Niaga

Property-lovers.com
Rescom Realty
iproperty
propertyguru

Sertai Kami di Facebook!

Copyright © 2023 · AgentPress Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in