Ejen Hartanah Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cheras, Kajang, Putrajaya, Seri Kembangan, Nilai, Semenyih, Puchong, Kuala Lumpur, Sepang, Salak Tinggi, Putra Height

Ejen Hartanah Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cheras, Kajang, Putrajaya, Seri Kembangan, Nilai, Semenyih, Puchong, Kuala Lumpur, Sepang, Salak Tinggi, Putra Height

  • HOME
  • Service
  • Senarai Hartanah
    • All Listings
    • Active
    • Sold
  • INFO
  • For Seller/Owner
    • Selling Properties
    • Sell Property
    • For Buyer
      • Buy Property
  • Contact Us
    • About Us
      • My Duty
      • My Area

ALASAN TIDAK BOLEH MEMBELI RUMAH DI USIA MUDA

March 23, 2017 by admin Leave a Comment

Seorang pengguna laman social Facebook telah memuat naik status yang menzahirkan perasaan tidak senang beliau terhadap pelabur hartanah yang pada pendapat beliau punca utama kenapa harga hartanah naik. Beliau juga meminta agar dihentikan perkongsian kejayaan anak muda membeli rumah pada usia yang masih muda di laman itu.

Lebih dari itu, beliau juga kongsikan alasan mengapa ramai yang mahu tetapi tidak mampu membeli hartanah:

  1. Ingin berkahwin awal
  2. Perlu menyara adik beradik
  3. Perlu menyara ibu bapa
  4. Ada yang ditimpa musibah diuji dengan masalah kesihatan hingga tergadai semua simpanan
  5. Ada yang CCRIS sangkut kerana menjadi guarantor kepada kawan ataupun keluarga yang ingin membeli kereta

Membidas kenyataan individu tersebut, jutawan hartanah muda Faizul Ridzuan berkongsi beberapa fakta mengenai industri hartanah dan kewangan di Malaysia. Ikuti perkonsian beliau di bawah ini.

“Peratusan pemilikan hartanah bumiputera adalah bawah 40% walaupun lebih 60% penduduk Malaysia adalah bumiputera”

Adakah beliau (individu tersebut) ingin simpulkan bahawa orang lain selain daripada orang melayu tidak ada masalah kesihatan, tidak perlu menyara ibu bapa dan adik beradik, tidak perlu berkahwin, dan tidak perlu membayar hutang?

Tahukah beliau bahawa majority mereka yang bankrupt, blacklisted, CCRIS bermasalah adalah orang melayu?

Tahukah beliau bahawa orang melayu adalah yang paling ramai menjadi mangsa guarantor kerana mereka tidak tahu apa implikasi sebenar apabila menjadi guarantor?

Bagi saya, punca utama mengapa orang melayu lemah dalam isu kewangan adalah kerana lemahnya ilmu kewangan dan pelaburan. Mereka lebih suka mengikut cakap kawan-kawan daripada mencari ilmu dan melabur/menyimpan secara betul. Tak percaya? Cuba teka kaum mana yang paling banyak terpedaya dengan skim cepat kaya, skim emas, dan bermacam-macam lagi jalan pintas untuk menjadi kaya.

Saya telah membuat beratus sesi 1-ON-1 dan percayalah apabila saya katakan ilmu kewangan dan pelaburan dalam kalangan orang melayu adalah paling lemah. Tapi saya tak boleh salahkan mereka kerana sewaktu mereka ‘menternak’ hutang-hutang jahat ini, mereka belum ada kesedaran. Tetapi sekurang-kurangnya, mereka melakukan inisiatif untuk mencari ilmu dan ikhtiar untu­k cuba memperbaiki situasi mereka.

Jadi, apabila ada orang muda kongsikan yang mereka boleh membeli rumah pada usia muda, kita sepatutnya galakkan mereka. Ini tidak, kita ‘like’ apabila mereka upload gambar yang mereka beli kereta baru, atau minum kopi starbuck yang berharga RM15 secawan. Secara tidak langsung, kita telah menyampaikan mesej yang salah dan kita galakkan mereka mengulangi kesilapan yang sama seperti kita dulu.

Mungkin kita sendiri gagal membeli rumah awal kerana tiada kesedaran, tetapi pemikiran yang mana orang muda tak patut digalakkan dan berkongsi membeli rumah seawal yang boleh, hanya akan disokong oleh mereka yang mempunyai PHD (perasaan hasad dengki).

Dan tolonglah cari ilmu. Bukan susah membeli hartanah tanpa menggunakan duit jika ada ilmu. Saya ada seorang pelajar Sarjana Hartanah yang mana gaji RM2300 pun mampu membeli 2-3 buah rumah. Semuanya tanpa modal dan bawah harga RM100 ribu. Beliau juga tidak lahir sebagai orang kaya, banyak tanggungan tetapi perlahan perlahan dia lakukan sehingga mampu beli.

Tapi jika ingin terus memberi alasan mengapa tidak boleh membeli rumah, dan salahkan semua terhadap orang lain, sila teruskan. Bagi saya, anda tidak mahu berubah dan itu pilihan anda. Tapi tidak perlu membuli, dan menyindir anak-anak muda yang ingin mengubah nasib mereka dan rakan rakan mereka. At least nasib keluarga mereka ditangan mereka dan sewa rumah tidak dapat dinaikkan sesuka-hati.

Anda mungkin sedang selesa menyewa sekarang dan masih ingin memberi berpuluh alasan mengapa tidak mampu membeli rumah, walhal yang kurangnya cuma ilmu. Suatu hari nanti, mungkin tuan rumah anda akan menaikkan harga sewa sehingga anda sudah tidak mampu untuk membayar. Ingat semula semua alasan yang anda cipta sekarang dan jelaskan kepada anak-anak kecil anda mengapa mereka perlu berpindah. Jelaskan mengapa anda pilih untuk membayar RM80 ribu untuk membeli kereta yang mana setelah 10 tahun, mungkin nilainya belum pun mencecah RM8 ribu. Jelaskan mengapa anda tidak membeli rumah sewaktu harganya RM80 ribu dan sekarang nilainya sudah mencecah RM200 ribu.

Sebab itu yang paling senang untuk kita buat. Alasan, alasan, alasan.

‪#‎HendakSeribuDaya
‪#‎KurangkanPHD
‪#‎GalakkanOrangMudaBeliRumahBukanBeliKeretaDulu

Kredit: Faizul Ridzuan, halalmoney.my

Filed Under: Category #1, Featured Tagged With: 0162125909, Alam Sari, ampang, Anjung Suasana, Apartment For Sale, auction, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Enstek, Bandar Seri Putra, bandar Seri Sendayan, Bangi Avenue, Banyan Close, Bungalow For Sale, Cheras, ejen hartanah, ejen hartanah ampang, ejen hartanah bandar bukit mahkota, ejen hartanah bandar seri putra, ejen hartanah bangi, ejen hartanah cheras, ejen hartanah dengkil, ejen hartanah kajang, ejen hartanah nilai, ejen hartanah puchong, ejen hartanah putrajaya, ejen hartanah salak tinggi, ejen hartanah semenyih, ejen hartanah sepang, ejen hartanah shah alam, Garden Homes, Green Villa Bangi, Ingin jual rumah, international, ioi properties, Kajang, Kayu Manis, Kota Seriemas, Kota Warisan, Kuala Lumpur, Legundi, Merab Pesona, Mutiara Bangi, Nilai, Nusari Bayu, Pelangi Semenyih, property, property agent, property expert, property negotiator, Puchong, Putra Damai, Putra Kajang, Putrajaya, real estate agent, Rescom, Rosniza, Semenyih, Semi D, Sendayan, Serdang, Seremban, Seri Bangi, Seri Melati, shah alam, sime darby, Sungai Merab, Taman Bukit Sendayan, Taman Universiti, Terrace For Sale, Tiara Heights, Top property agent, under construction project, Villa Khazanah, Villa Tropika, Vista Seri Putra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ejen hartanah

ejen hartanah

Agen Hartanah Berdaftar Anda!

Agen Hartanah Berdaftar Anda!

Kawasan Fokus Jualan Rumah & Hartanah

Ejen Hartanah & Ejen Jual Rumah di kawasan Bangi, Kajang, Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Bandar Baru Salak Tinggi, Bdr Baru Putra Nilai, Alam Sari, Cheras, Desa Pinggiran Putra, Putrajaya, Semenyih, Sg Tangkas, Cyberjaya, Bandar Saujana Putra, Putra Heights, Kota Warisan, BTHO, Ampang, Bdr Mahkota Cheras, Bandar Enstek, Kota Seriemas, Dengkil, Seri Kembangan, Puchong, Bandar Kinrara, Puncak Jalil, Shah Alam, Gombak, Selayang, Sg Buloh, Nilai Impian, Pajam, Sendayan, Bangi, Seremban, Senawang, Seksyen 9 Bangi

Rakan Niaga

Property-lovers.com
Rescom Realty
iproperty
propertyguru

Sertai Kami di Facebook!

Copyright © 2023 · AgentPress Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in