Bangunan yang dibina untuk kita diami itu yang dipanggil hartanah penempatan. Dan penempatan ini terbahagi kepada dua. Bertanah dan tidak bertanah.
.
[Hartanah Bertanah]
1. Teres- Rumah ini juga disebut sebagai linked house. Banyak-banyak rumah bersambung dalam satu deretan panjang.
.
2. Rumah Berkembar- Rumah berkembar ataupun Semi-Detached adalah dua rumah yang bersambung. Satu dinding rumah dikongsi dengan jiran sebelah.
.
3. Rumah Bandar (Town House)- Jika dilihat dari luar, kelihatan seperti rumah teres tetapi sebenarnya ia dibina di atas satu sama lain. Rumah ini dibina sebagai unit yang bertingkat 3 atau lebih dan dibahagi kepada 2 pemilik yang berasingan.
.
4. Banglo- Rumah banglo biasa nya mempunyai keluasan tanah yang lebih besar berbanding rumah bertanah yang lain. Rumah ini juga tidak bersambung dengan rumah yang lain di sebelahnya.
.
.
.
[Hartanah Tidak Bertanah]
1. Apartmen- Rumah ini merupakan bangunan pencakar langit dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti pondok pengawal dan kawasan tempat letak kereta yang terhad.
.
2. Kondominium- Secara dasarnya, tidak banyak beza antara apartmen dan kondominium. Selain daripada luas perseginya yang lebih besar berbanding apartmen, kondominium biasanya dilengkapi dengan swimming pool, surau,gimasium,bilik aktiviti,sauna,tempat penjagaan kanak-kanak,kedai runcit dan sebagainya.
.
3. Penthouse- Rumah ini terletak di tingkat teratas bangunan apartmen atau kondominium dan dibina dengan kawasan lantai dan ruang luas dengan kelengkapan yang mewah.
Leave a Reply