Ejen Hartanah Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cheras, Kajang, Putrajaya, Seri Kembangan, Nilai, Semenyih, Puchong, Kuala Lumpur, Sepang, Salak Tinggi, Putra Height

Ejen Hartanah Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cheras, Kajang, Putrajaya, Seri Kembangan, Nilai, Semenyih, Puchong, Kuala Lumpur, Sepang, Salak Tinggi, Putra Height

  • HOME
  • Service
  • Senarai Hartanah
    • All Listings
    • Active
    • Sold
  • INFO
  • For Seller/Owner
    • Selling Properties
    • Sell Property
    • For Buyer
      • Buy Property
  • Contact Us
    • About Us
      • My Duty
      • My Area

5 PERKARA DIJANGKA BERLAKU DALAM INDUSTRI HARTANAH 2017

October 13, 2017 by admin Leave a Comment

#1- TAHUN YANG BAGUS UNTUK MENYEWA

Tahun 2017 akan menyaksikan terdapat rumah baharu akan siap dan ramai pemilik rumah yang menjadi terdesak dalam bersaing untuk mencari penyewa. Apabila rumah sewa lebih banyak daripada penyewa, harga sewa juga akan menjadi rendah. Malahan, ada juga tuan rumah yang menawarkan harga yang lebih rendah darpada apa yang mereka perlu bayar kepada bank. Oleh itu, penyewa diberi kebebasan dalam membuat pilihan dan peluang untuk berunding kadar sewa dengan tuan rumah.

#2- RUMAH MAMPU MILIK AKAN MENJADI TREND TERKINI

Apabila pasaran hartanah naik pada tahun 2010 hingga 2014, pembeli akan berebut untuk memiliki rumah tersebut menyebabkan apa saja yang dijual oleh pemaju laris dijual. Melihat kepada pasaran ekonomi yang baik ketika itu, banyak pemaju membina rumah High End yang berharga lebih RM1 juta sebuah.

Tetapi malangnya apabila rumah-rumah High End ini siap pada 2015 dan 2016, ekonomi tidak lagi sihat seperti sebelum­nya. Akibatnya berlaku lambakan rumah-rumah High End sehinggakan ada projek yang sudah siap dengan CCC (Sijil Kelaya­kan Menduduki) tetapi masih ada unit yang tidak terjual lagi.

Melihat kepada fenomena ini, pemaju akan beralih arah membina lebih banyak rumah mampu milik yang mendapat permintaan tinggi berbanding segmen produk yang lain. Ini ditambah pula dengan galakan daripada kerajaan untuk pemaju membina lebih banyak rumah mampu milik.

#3- SAIZ RUMAH LEBIH KECIL

Apabila pemaju menyediakan rumah mampu milik deng­an harga yang lebih murah, berlakunya tekanan kepada pemaju untuk mengurangkan kos. Salah satu daripada tindakan yang akan diambil oleh pemaju untuk mengurangkan kos dan membuatkan unit-unit mereka lebih mampu milik ialah dengan menawarkan rumah yang kecil.

Sebelum 2009, saiz apartmen yang berukuran 1,100 kaki persegi menjadi kelaziman. Pada tahun 2010-2015, saiz 900 kaki persegi pula sudah boleh diterima oleh pembeli. Tahun 2017 ke atas akan menyaksikan lebih banyak unit yang ditawarkan dengan keluasan antara 700 hingga 900 kaki persegi.

#4- SELATAN GREATER KL LEBIH MENJADI TUMPUAN

Melihat kepada harga harta­nah yang semakin tinggi di Kuala Lumpur, pembeli akan mencari rumah di kawasan lain. Bagi pembeli yang inginkan rumah-rumah bertanah seperti rumah teres, mereka ada pilihan yang banyak di kawasan Selatan Greater KL.

Kawasan Selatan Greater KL ini meliputi selatan lebuhraya SILK dan SKVE seperti di kawasan Kajang, Semenyih, Ba­ngi, Cyberjaya, Salak Tinggi dan Nilai. Banyak projek hartanah di situ akan siap pada tahun 2017.

Kemudahan infrastruktur baharu yang akan siap dan mula dibina akan menarik pembeli untuk memiliki rumah di kawasan Selatan Greater KL. Antara infrastruktur yang akan siap ialah MRT SBK Sungai Buloh-Kajang yang akan siap pada pertengahan 2017 dan MRT SSP Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang akan siap pada tahun 2022.

#5- PEMINJAM RUMAH PERLU PRIHATIN KEPADA PERUBAHAN KADAR FAEDAH

Semenjak 2009 kadar faedah telah naik dan naik seperti tidak mahu jatuh. Sehinggalah Gabenor Bank Negara Malaysia, Muhammad Ibrahim mengambil alih jawatan tersebut. Perkara pertama yang beliau lakukan menurunkan OPR (Overnight Policy Rate) kepada 3 peratus menyebabkan kadar faedah mula turun sedikit setelah sekian lama.

Tahun 2017 sangat sukar diramal sama ada Bank Negara akan mengubah OPR atau tidak ekoran ketidaktentuan dalam politik negara. Ini telah terbukti berlaku sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di mana terdapatnya khabar angin bank pusat akan mengubah OPR, tetapi akhirnya tidak menjadi kenyataan sehinggalah selesai PRU ke-13.

Kredit: AZIZ AHMAD, Utusan Online.

 

Filed Under: Category #1, Featured Tagged With: 0162125909, Alam Sari, ampang, Anjung Suasana, Apartment For Sale, auction, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Enstek, Bandar Seri Putra, bandar Seri Sendayan, Bangi Avenue, Banyan Close, Bungalow For Sale, Cheras, D7, ejen hartanah, ejen hartanah ampang, ejen hartanah bangi, ejen hartanah cheras, ejen hartanah dengkil, ejen hartanah kajang, ejen hartanah nilai, ejen hartanah puchong, ejen hartanah putrajaya, ejen hartanah salak tinggi, ejen hartanah semenyih, ejen hartanah sepang, ejen hartanah shah alam, Garden Homes, Green Villa Bangi, house for sale, Ingin jual rumah, international, ioi, Kajang, Kayu Manis, Kota Seriemas, Kota Warisan, Kuala Lumpur, Legundi, Merab Pesona, Mutiara Bangi, Nilai, Nusari Bayu, Pelangi Semenyih, property, property agent, property expert, property negotiator, Puchong, Putra Damai, Putra Kajang, Putrajaya, real estate agent, Rescom, Rosniza, Rumah untuk dijual, Semenyih, Semi D, Sendayan, Serdang, Seremban, Seri Bangi, Seri Melati, shah alam, sime darby, Sungai Merab, Taman Bukit Sendayan, Taman Universiti, Terrace For Sale, Tiara Heights, Top, under construction project, Villa Khazanah, Villa Tropika, Vista Seri Putra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ejen hartanah

ejen hartanah

Agen Hartanah Berdaftar Anda!

Agen Hartanah Berdaftar Anda!

Kawasan Fokus Jualan Rumah & Hartanah

Ejen Hartanah & Ejen Jual Rumah di kawasan Bangi, Kajang, Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Bandar Baru Salak Tinggi, Bdr Baru Putra Nilai, Alam Sari, Cheras, Desa Pinggiran Putra, Putrajaya, Semenyih, Sg Tangkas, Cyberjaya, Bandar Saujana Putra, Putra Heights, Kota Warisan, BTHO, Ampang, Bdr Mahkota Cheras, Bandar Enstek, Kota Seriemas, Dengkil, Seri Kembangan, Puchong, Bandar Kinrara, Puncak Jalil, Shah Alam, Gombak, Selayang, Sg Buloh, Nilai Impian, Pajam, Sendayan, Bangi, Seremban, Senawang, Seksyen 9 Bangi

Rakan Niaga

Property-lovers.com
Rescom Realty
iproperty
propertyguru

Sertai Kami di Facebook!

Copyright © 2025 · AgentPress Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in