Ejen Hartanah Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cheras, Kajang, Putrajaya, Seri Kembangan, Nilai, Semenyih, Puchong, Kuala Lumpur, Sepang, Salak Tinggi, Putra Height

Ejen Hartanah Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cheras, Kajang, Putrajaya, Seri Kembangan, Nilai, Semenyih, Puchong, Kuala Lumpur, Sepang, Salak Tinggi, Putra Height

  • HOME
  • Service
  • Senarai Hartanah
    • All Listings
    • Active
    • Sold
  • INFO
  • For Seller/Owner
    • Selling Properties
    • Sell Property
    • For Buyer
      • Buy Property
  • Contact Us
    • About Us
      • My Duty
      • My Area

12 Punca Gagal Membeli Hartanah Pertama

February 16, 2017 by admin Leave a Comment

 

1. TIADA MODAL

Rata-rata punca individu di luar sana yang belum mampu memilik hartanah adalah disebabkan tiada / kekurangan modal untuk dibuat deposit.

Contoh jika ingin membeli hartanah subsale, mereka perlu menyediakan tunai sebanyak 10% deposit sebagai wang pendahuluan membeli rumah kerana kebiasaan loan margin ialah 90% sahaja.

Katakan harga rumah RM 200K. 10% deposit daripada RM 200K ialah RM 20K. Bayangkan berapa banyak tunai diperlukan, itu tidak termasuk legal fee lagi.

Fikirkan alternatif lain. Kita ada pasaran lelong, subsale dan undercons.

2. TUNGGAKAN PTPTN

Ini punca paling kerap berlaku kenapa pinjaman perumahan individu tersebut gagal.

Kerana pemohon mempunyai tunggakan PTPTN yang belum dilangsaikan sepenuhnya. Malah ada juga pemohon yang tidak pernah membayar walau sesen pun sejak tamat pelajaran.

Jadi pihak PTPTN mengambil langkah menyenaraikan komitmen PTPTN ini di dalam laporan CCRIS supaya ada kesedaran kepada mereka yang liat membayar pinjaman PTPTN ini rasa terdesak dalam memohon pinjaman perumahan.

3. NAMA BLACKLISTED

Tidak sedar nama sudah pun di senarai hitamkan. Apabila nama sudah pun disenarai hitamkan maka peluang untuk mereka memiliki hartanah agak tipis kerana sudah tentu pinjaman perumahan mereka gagal.

Bukan setakat pinjaman perumahan malah pinjaman pinjaman lain pun turut terjejas.

Semak nama anda samada tersenarai atau tidak.

4. KOMITMEN TINGGI

Perbelanjaan yang tidak terkawal kadang kadang boleh membuatkan kita hilang kelayakan memohon pinjaman perumahan.

Kenapa? Kerana ia bakal membuatkan komitmen perbelanjaan kita menjadi tinggi.

Contohnya seperti mempunyai pelbagai jenis hutang di dalam laporan CCRIS sehinggakan komitmen peribadi melebihi gaji bulanan yang diterima.

Hutang kereta, hutang pinjaman peribadi, hutang kredit kad dan pelbagai jenis komitmen peribadi lagi.

Ingat sebelum nak beli hartanah anda harus ambil kira Debt Service Ratio.

5. TIADA KEYAKINAN

Nak beli hartanah bukannya perkara yang kecil. Ia perlukan keyakinan diri untuk memulakan langkah dalam membeli hartanah pertama.

Jika diri sendiri tidak yakin dalam urusan membeli hartanah ada kemungkinan anda boleh tersilap langkah dalam membuat keputusan pembelian.

Tidak dinafikan di luar sana masih ramai lagi yang kurang keyakinan untuk membeli hartanah dan perasaan takut menyelubungi mereka. Akibatnya mereka ‘stuck’ kerana takut.

6. TIADA KESEDARAN

Ini salah satu punca yang agak tinggi peratusnya kenapa ada yang masih gagal memiliki hartanah walaupun mereka mampu.

Contoh, kita boleh lihat anak anak muda yang baru berkerja. 80% mereka ini tidak memikirkan langsung tentang hartanah .

Kenapa ? Kerana waktu ini jiwa mereka masih lagi memikirkan keseronokan hidup. Perkara pertama yang mereka fikirkan apabila mendapat gaji ialah untuk memiliki KERETA. Bukan kereta yang murah, tetapi kereta mewah yang ansuran bulanannya melebihi 50% daripada gajinya bulanan mereka.

7. BEBANAN ANSURAN KERETA YANG TINGGI

Punca ini kita boleh kaitkan dengan point no 6 di atas. Apabila ansuran bulanan kereta sudah melebihi 50% daripada gaji bulanan apa lagi yang tinggal.

Gaji bersih RM 1600, ansuran bulanan kereta mereka sahaja pula ialah RM 900.

Sewa rumah ? Apa nak dirisaukan, tak perlu pening bab sewa rumah kerana mereka duduk bersama dengan keluarga. Tiada kos perbelanjaan yang perlu dikeluarkan melainkan duit minyak kereta, makan tengahari dan sedikit duit poket.

Jadi mereka tidak risau pun jika wang gaji mereka tinggal sedikit kerana selebihnya sudah digunakan untuk membayar ansuran bulanan kereta mewah.

8. BELUM BERSEDIA UNTUK KOMITMEN RUMAH BAGI JANGKA PANJANG

Belum bersedia ? Maksud disini ialah, mereka ada niat untuk membeli hartanah TETAPI mereka belum bersedia untuk terikat dengan komitmen jangka masa panjang untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan.

Bayangkan mereka perlu membayar sejumlah wang selama 35 tahun secara berterusan dan konsisten. ‘By hook or by crook you must pay the housing loan every month’.

Tapi bagaimana pula jika mereka gagal membayar ansuran bulanan tersebut untuk sebulan, dua bulan, tiga bulan ?

Kenapa boleh gagal membayar ? Anda kena ingat bahawa di luar sana tak semuanya bernasib baik mempunyai pekerjaan yang terjamin dan kekal akhirnya.

Anda kena ingat juga pasang surutnya sesuatu perniagaan bagi mereka yang berkerja sendiri. Sebenarnya mereka yang bukan makan gajilah akan mengalami masalah ini kerana pendapatan mereka setiap bulan tidak menentu.

9. SIKAP TERLALU MEMILIH

Jangan tak percaya! Memang ada sikap sebegini. Mereka sudah mampu malah modal deposit pun sudah disediakan.

Tetapi, mereka tidak dapat membuat keputusan tepat dalam membeli hartanah.

Ini kerana mereka terlalu memilih jenis hartanah yang hendak dibeli. Malah mengambil masa sehingga bertahun untuk membeli hartanah kerana mereka merasakan tidak ada satu pun yang memenuhi 100% kriteria hartanah yang mereka tetapkan.

10. TIADA ILMU

Nak beli hartanah, tapi tiada ILMU. Benar, masih ramai lagi yang belum sedar tentang pentingnya ilmu dalam membeli hartanah.

Malah ada yang tidak ambil peduli pun apa yang perlu dilakukan apabila nak membeli hartanah.

Bila tidak ada ilmu maka perasaan takut akan menguasai diri mereka. Takut kena tipu, takut rugi, takut tersalah langkah malah pelbagai jenis ketakutan yang muncul.

Bila dah terhantuk baru nak cari lampu.

11. MENUNGGU HARGA RUMAH JATUH

Bila dimomokkan dengan berita harga rumah akan jatuh maka jadilah mereka dalam keadaan yang merugikan.

Apa yang rugi ? MASA.

Ya, kita bukan makin muda. Setiap tahun disogokkan dengan berita berita yang kurang sahih menyatakan harga rumah akan jatuh, harga rumah akan jatuh.

Jadi golongan ini akan sentiasa terus menunggu dan menunggu bila harga rumah akan jatuh dan waktu itulah mereka akan beli hartanah. Beli ke ? Opps!

12. KITA TERLALU SELESA

Punca yang terakhir ini lebih kepada mereka yang berkerja dalam sektor awam lebih tepat dengan kerajaan.

Memang kita dimaklumkan jika berkerja dengan kerajaan kita akan dapat kuarters kerajaan bagi yang layak.

Jadi apabila sudah tinggal di kuarters milik kerajaan, hidup pun senang dah tak perlu risaukan tentang rumah lain kerana sudah terjamin ada kuarters.

Chop! Harus diingat apabila anda bersara anda tidak layak untuk tinggal di kuarters kerajaan lagi. Anda perlu keluar.

Tapi nak keluar kemana ? Rumah pun tiada. Dulu tak pernah pun buat pinjaman untuk beli hartanah sebab sangat SELESA di kuarters.

Takkan nak kena sewa rumah pula ? Duit pencen bulanan pun berapalah sangat ?

 

“Tolong buangkan keselesaan tersebut dan bertindaklah segera menggunakan kelebihan yang ada.”

 

* Sesungguhnya yang baik itu datang dari allah swt, yang buruk itu datang dari saya *

Kredit: Mior Hafis Mior Ahmad

Filed Under: Category #1, Featured Tagged With: 0162125909, Alam Sari, ampang, Anjung Suasana, Apartment For Sale, auction, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Enstek, Bandar Seri Putra, bandar Seri Sendayan, Bangi Avenue, Banyan Close, Bungalow For Sale, Cheras, ejen hartanah, ejen hartanah ampang, ejen hartanah bandar bukit mahkota, ejen hartanah bandar seri putra, ejen hartanah bangi, ejen hartanah cheras, ejen hartanah dengkil, ejen hartanah kajang, ejen hartanah nilai, ejen hartanah puchong, ejen hartanah putrajaya, ejen hartanah salak tinggi, ejen hartanah semenyih, ejen hartanah sepang, ejen hartanah shah alam, Garden Homes, Green Villa Bangi, Ingin jual rumah, international, ioi properties, Kajang, Kayu Manis, Kota Seriemas, Kota Warisan, Kuala Lumpur, Legundi, Merab Pesona, Mutiara Bangi, Nilai, Nusari Bayu, Pelangi Semenyih, property, property agent, property expert, property negotiator, Puchong, Putra Damai, Putra Kajang, Putrajaya, real estate agent, Rescom, Rosniza, Semenyih, Semi D, Sendayan, Serdang, Seremban, Seri Bangi, Seri Melati, shah alam, sime darby, Sungai Merab, Taman Bukit Sendayan, Taman Universiti, Terrace For Sale, Tiara Heights, Top property agent, under construction project, Villa Khazanah, Villa Tropika, Vista Seri Putra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ejen hartanah

ejen hartanah

Agen Hartanah Berdaftar Anda!

Agen Hartanah Berdaftar Anda!

Kawasan Fokus Jualan Rumah & Hartanah

Ejen Hartanah & Ejen Jual Rumah di kawasan Bangi, Kajang, Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Bandar Baru Salak Tinggi, Bdr Baru Putra Nilai, Alam Sari, Cheras, Desa Pinggiran Putra, Putrajaya, Semenyih, Sg Tangkas, Cyberjaya, Bandar Saujana Putra, Putra Heights, Kota Warisan, BTHO, Ampang, Bdr Mahkota Cheras, Bandar Enstek, Kota Seriemas, Dengkil, Seri Kembangan, Puchong, Bandar Kinrara, Puncak Jalil, Shah Alam, Gombak, Selayang, Sg Buloh, Nilai Impian, Pajam, Sendayan, Bangi, Seremban, Senawang, Seksyen 9 Bangi

Rakan Niaga

Property-lovers.com
Rescom Realty
iproperty
propertyguru

Sertai Kami di Facebook!

Copyright © 2023 · AgentPress Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in