Ejen Hartanah Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cheras, Kajang, Putrajaya, Seri Kembangan, Nilai, Semenyih, Puchong, Kuala Lumpur, Sepang, Salak Tinggi, Putra Height

Ejen Hartanah Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cheras, Kajang, Putrajaya, Seri Kembangan, Nilai, Semenyih, Puchong, Kuala Lumpur, Sepang, Salak Tinggi, Putra Height

  • HOME
  • Service
  • Senarai Hartanah
    • All Listings
    • Active
    • Sold
  • INFO
  • For Seller/Owner
    • Selling Properties
    • Sell Property
    • For Buyer
      • Buy Property
  • Contact Us
    • About Us
      • My Area
    • My Duty
    • Privacy Policy

Archives for April 2017

Undercon vs Subsale

April 27, 2017 by admin Leave a Comment

Antara rumah baru yang lengkap dengan peralatan state-of-art dan reka bentuk dalaman yang moden, atau beli rumah second hand dengan reka bentuk yang lebih tradisional. Mana satu yang menjadi pilihan anda ?

Dah tentu pemilihan ni bergantung pada objektif yang ingin dicapai. Tapi, biasanya akan ada 2 sahaja. Sama ada rumah itu untuk didiami sendiri, atau dijadikan sebagai pelaburan.

Dan kedua-dua pilihan ni, ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ikuti perkongsian di bawah ini.

#1 : Subsale atau undercon – Mana satu lebih berbaloi?

Rumah yang baru dibina biasanya lebih mahal jika dibandingkan dengan rumah yang sudah sedia siap, dan ini berpunca daripada satu sebab utama:

“DAH NAMA PUN RUMAH BARU. DAH TENTU LA SEMUA BENDA PUN BARU.”

Jika rumah subsale (rumah second hand), anda ada potensi untuk  mendapat harga yang lebih murah. Tetapi, anda juga perlu bersedia untuk berdepan dengan kos lain pula, seperti kos baik pulih dan lain-lain. Mungkin ada banyak barang yang terlampau lama yang sudah tidak releven. Tambahan pula, jika anda ada skil tawar-menawar, anda mungkin boleh dapat harga yang lebih rendah dari market value semasa.

#2 : Macam mana dengan soal loan?

Biasanya, pemaju akan menawarkan pembiayaan (loan) untuk anda pilih. Sebab? Mungkin pembiaya itu anak syarikat mereka atau mereka ada buat JV dengan mana-mana bank.

Jika membeli rumah subsale, anda perlu mencari pembiayaan sendiri. Ini adalah salah satu sebab, urusan anda akan lebih senang dengan adanya bantuan REN (real estate negotiator). Lebih-lebih lagi bagi yang baru pertama kali ingin membeli rumah.

Sambil membeli, belajar la dari mereka. Tanya apa yang patut. Ambil nota. Baru la melekat ilmu tu dalam diri. Dan seperti yang anda boleh agak, proses ini akan memakan masa.

Anda perlu mendapatkan dahulu nilaian rumah subsale yang anda ingin beli itu. Dah lepas penilaian, ada lagi proses seterusnya.

#3 : Beli rumah subsale, tiada waiting period (tempoh menunggu)

Dengan membeli rumah subsale, anda boleh terus pindah ke rumah itu tanpa perlu menunggu. Jika rumah undercon pula, biasanya anda perlu menunggu paling kurang 2 tahun untuk siap dibina.

Itu antara risiko yang perlu anda hadapi jika membeli rumah undercon. Anda perlu membayar loan untuk rumah yang anda belum nampak depan mata dan anda perlu menunggu lama.

Risiko untuk rumah tidak siap dibina juga ada walaupun sedikit. Tetapi selagi pemaju tersebut mempunyai track record yang baik, In Shaa Allah perkara seperti itu tidak akan berlaku.

Dan anda juga boleh dapat harga early bird, rebat, atau dapat kadar khas jika beli rumah undercon. Bagi rumah subsale pula, anda boleh berunding dengan penjual, atau minta ejen bertanya kepada penjual atau menjadi wakil untuk membuat rundingan harga. Mungkin boleh dapat beli harga below market value.

#4 : Kos tersembunyi jika beli rumah subsale

Mungkin ini yang menjadi punca ramai orang tak berapa minat untuk beli rumah subsale.

Seperti yang sudah sedia maklum, rumah subsale adalah rumah lama, rumah terpakai. Jadi, peralatan dan reka bentuk mungkin tak berapa kena dengan minat masing-masing.

Jika ada kerosakan yang teruk pada struktur rumah, atau kerosakan seperti paip bocor atau masalah anai-anai, memang kena buat proses selenggara. Dan ini semua melibatkan kos. Boleh jadi, agak tinggi juga kos yang bakal terlibat.

“DAH LA BELI RUMAH. NAK KENA KELUARKAN KOS TAMBAHAN LAGI UNTUK BETULKAN RUMAH. MACAM-MACAM HAL LA BILA NAK BELI RUMAH SUBSALE.”

Tapi, tak bermakna anda tak boleh buat apa-apa. Kalau nak buat ubahsuai, buat yang boleh naikkan nilai rumah tu, supaya anda boleh buat untung bila jual balik jika anda sebagai owner rumah yang ingin dijual.

Anda takkan ada masalah ini jika anda beli rumah undercon. Andai ada kerosakan pun, anda boleh minta pemaju betulkan semula secara percuma.

#5: Salah satu sebab ramai orang muda suka beli rumah baru berbanding subsale

Ada juga sesetengah orang yang sukakan fleksibiliti dalam bab reka bentuk dalaman rumah. Dan bagi rumah undercon, senang untuk pemaju berikan apa yang bakal pembeli mahukan.

Reka bentuk unit itu boleh diubah, jika sesebuah projek tu dalam perancangan atau sedang dalam peringkat awal pembinaan.

Ramai yang menganggap, rumah sebagai tempat yang mencerminkan rasa dan gaya hidup si pemilik. Ada juga yang mahu styling rumah itu, betul-betul mengikut apa yang diinginkan. Tidak seperti rumah subsale, anda hanya dapat apa yang anda lihat je.

Kalau ada duit lebih, anda boleh renovate sendiri rumah tersebut dan buat reka bentuk yang lebih updated. Mungkin kalau beli untuk diami sendiri, tiada masalah. Tapi untuk tujuan pelaburan, anda perlu ambil kira tentang ni.

#6 : Macam mana pula dengan layout rumah? Ada ke yang jenis moden?

Katakan, anda inginkan rumah dengan open concept, supaya anda boleh tengok anak-anak di ruang tamu sewaktu anda sibuk menyediakan makan malam di dapur. Anda hanya boleh jumpa layout seperti ini di rumah moden saja. Rumah lama, mungkin ada, tapi susah nak jumpa. Kena rajinkan diri mencari.

Kebanyakan rumah subsale, memang datang dengan reka bentuk tradisional. Mungkin agak susah untuk dipadankan dengan gaya hidup masa kini.

#7 : Kemudahan – Aset sesebuah kawasan kediaman

Sebelum buat keputusan untuk beli rumah, anda perlu pastikan dahulu kemudahan yang ada di situ.

Dalam projek perumahan baru (undercon), anda boleh rujuk pelan induk untuk lihat apa kemudahan yang pemaju tawarkan seperti kolam renang, gimnasium, security guard, dan sebagainya.

Kalau banyak kemudahan ni dalam sesebuah projek tu, boleh jadi anda perlu menanggung yuran penyelenggaraan (management fee) yang lebih tinggi. Jika kurang, bermakna kurang la yuran penyelenggaran yang perlu anda tanggung. Kaji dulu hal ini sebelum anda buat sebarang keputusan untuk beli.

#8 : Jangan ada yang terlepas pandang perkara penting ini

Nama pun ‘rumah lama,’ tentu la ada material pembinaan yang dah mula ditelan umur dan membahayakan. Anda perlu ambil tahu akan hal ini kerana ia melibatkan soal keselamatan keluarga anda, atau bakal penyewa rumah itu.

Katakan, rumah yang anda beli itu berumur lebih 40 tahun yang lalu. Mungkin cat yang digunakan pada masa itu mengandungi unsur lead (plumbum), yang bahayakan kesihatan anak-anak anda.

Mungkin juga terdapat asbestos dalam dinding, yang boleh menjadi punca kepada penyakit kanser paru-paru kepada mereka yang terdedah.

Untuk projek kediaman baru, semua ini dipertimbangkan secara serius dan berhati-hati. Isu kesihatan dan keselamatan menjadi keutamaan.

#9 : Dekat tak dengan pengangkutan awam?

Pembangunan kediaman baru lebih tertumpu di bandar, dekat dengan akses lebuhraya atau public transport – stesen kereta api, terminal bas, LRT, MRT, dan sebagainya.

Ini memudahkan orang ramai di situ berulang-alik dalam dan luar kawasan itu setiap hari. Ia juga menjimatkan masa daripada mengharungi kesesakan lalu lintas setiap hari.

Sama ada anda beli yang baru atau subsale, penting untuk anda pastikan dahulu keadaan dan kekuatan kewangan anda untuk membeli rumah. Jika anda membeli membuta tuli tanpa sebarang persediaan, takut nanti menyesal kemudian hari.

Rumah baru, datang dengan lebih banyak faedah. Tetapi rumah subsale, jika anda tahu akan selok beloknya, memang ada potensi tinggi untuk buat banyak duit. Jadi, mana satu yang anda ingin beli?

Kredit: gilahartanah.com, nuProp.my

Filed Under: Category #1, Featured Tagged With: 0162125909, Alam Sari, ampang, Anjung Suasana, Apartment For Sale, auction, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Enstek, Bandar Seri Putra, bandar Seri Sendayan, Bangi Avenue, Banyan Close, Bungalow For Sale, Cheras, ejen hartanah, ejen hartanah ampang, ejen hartanah bandar bukit mahkota, ejen hartanah bandar seri putra, ejen hartanah bangi, ejen hartanah cheras, ejen hartanah dengkil, ejen hartanah kajang, ejen hartanah nilai, ejen hartanah puchong, ejen hartanah putrajaya, ejen hartanah salak tinggi, ejen hartanah semenyih, ejen hartanah sepang, ejen hartanah shah alam, Garden Homes, Green Villa Bangi, Ingin jual rumah, international, ioi properties, Kajang, Kayu Manis, Kota Seriemas, Kota Warisan, Kuala Lumpur, Legundi, Merab Pesona, Mutiara Bangi, Nilai, Nusari Bayu, Pelangi Semenyih, property, property agent, property expert, property negotiator, Puchong, Putra Damai, Putra Kajang, Putrajaya, real estate agent, Rescom, Rosniza, Semenyih, Semi D, Sendayan, Serdang, Seremban, Seri Bangi, Seri Melati, shah alam, sime darby, Sungai Merab, Taman Bukit Sendayan, Taman Universiti, Terrace For Sale, Tiara Heights, Top property agent, under construction project, Villa Khazanah, Villa Tropika, Vista Seri Putra

Indeks Harga Rumah di KL Terus Meningkat

April 26, 2017 by admin Leave a Comment

 

KUALA LUMPUR: Harga rumah di Kuala Lumpur terus meningkat, mencatat pertumbuhan 5.1 peratus tahun ke tahun, walaupun kedudukan pasaran hartanah lemah, kata Knight Frank dalam Laporan Indeks Kediaman Global, bagi tempoh suku keempat 2016.
.
Pengarah Urusan Knight Frank Malaysia Sarkunan Subramaniam berkata harga hartanah kediaman di kawasan utama dan terkenal di kawasan bandar raya dijangka terus mengukuh dengan peningkatan modal yang sederhana.
.
“Pembangunan berasaskan transit di sepanjang laluan LRT dan MRT dijangkakan terus meningkat ekoran perhubungan yang bertambah baik,” katanya menerusi laporan yang dilancarkan di sini hari ini.
.
Knight Frank, perunding hartanah bebas global, menilai prestasi harga rumah utama di 150 bandar raya di seluruh dunia, termasuk 47 di Asia Pasifik.
.
Laporan itu menyebut harga rumah global meningkat pada purata 6.6 peratus pada 2016, kadar tertinggi dalam tempoh tiga tahun, namun, tidak termasuk bandar raya di China, dengan indeks hanya meningkat 4.9 peratus pada 2016.
.
Kedudukan bandar raya di China dalam 10 bandar raya utama dunia dipinggirkan apabila Wellington New Zealand mencatatkan peningkatan (23.7 peratus) berbanding Shenzhen (23.5 peratus).
.
Ketua Penyelidik Asia Pasifik Knight Frank Nicholas Holt berkata penguasaan bandar raya utama China dalam rangking harga 12 bulan tertinggi, telah mendorong pembuat dasar mengambil langkah ‘penyejukan’ pasaran, menerusi sekatan pembelian rumah serta kriteria pinjaman yang lebih ketat.
.
Tindakan ini serta beberapa lagi kawalan modal yang lebih ketat boleh mendorong lebih banyak modal mengalir masuk ke bandar yang lebih kecil di China, yang sebahagiannya kini mengalami lebihan bekalan yang ketara, katanya.
.
Menurut laporan itu, bandar raya di Australia terus menyaksikan peningkatan ketara harga, didorong oleh kadar faedah yang rendah dan kadar perbandaran yang kukuh.
.
Namun peningkatan harga dijangkakan menyederhana di kebanyakan pasaran ini (Australia) sepanjang 2017 ekoran kriteria pinjaman bank yang lebih ketat selain permintaan luar yang menguncup.

Sumber: astroawani.com

Filed Under: Category #1, Featured Tagged With: 0162125909, Alam Sari, ampang, Anjung Suasana, Apartment For Sale, auction, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Enstek, Bandar Seri Putra, bandar Seri Sendayan, Bangi Avenue, Banyan Close, Bungalow For Sale, Cheras, ejen hartanah, ejen hartanah ampang, ejen hartanah bandar bukit mahkota, ejen hartanah bandar seri putra, ejen hartanah bangi, ejen hartanah cheras, ejen hartanah dengkil, ejen hartanah kajang, ejen hartanah nilai, ejen hartanah puchong, ejen hartanah putrajaya, ejen hartanah salak tinggi, ejen hartanah semenyih, ejen hartanah sepang, ejen hartanah shah alam, Garden Homes, Green Villa Bangi, Ingin jual rumah, international, ioi properties, Kajang, Kayu Manis, Kota Seriemas, Kota Warisan, Kuala Lumpur, Legundi, Merab Pesona, Mutiara Bangi, Nilai, Nusari Bayu, Pelangi Semenyih, property, property agent, property expert, property negotiator, Puchong, Putra Damai, Putra Kajang, Putrajaya, real estate agent, Rescom, Rosniza, Semenyih, Semi D, Sendayan, Serdang, Seremban, Seri Bangi, Seri Melati, shah alam, sime darby, Sungai Merab, Taman Bukit Sendayan, Taman Universiti, Terrace For Sale, Tiara Heights, Top property agent, under construction project, Villa Khazanah, Villa Tropika, Vista Seri Putra

Pembiayaan Punca Ramai Belum Miliki Kediaman

April 20, 2017 by admin Leave a Comment

 

KUALA LUMPUR: Kira-kira 57 peratus rakyat negara ini tidak mempunyai kediaman sendiri, sekali gus membuktikan masih ramai memerlukan kediaman tetapi berhadapan beberapa kekangan, demikian menurut kaji selidik Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).
.
Berdasarkan kajian itu, kebanyakan yang masih tidak mempunyai kediaman adalah isi rumah berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan, iaitu mewakili 43 peratus daripada mereka yang tidak mempunyai kediaman sendiri.
.
Presiden REHDA, Datuk Seri FD Iskandar, berkata isu itu berkemungkinan berpunca daripada kegagalan atau tidak mendapat margin pinjaman yang bersesuaian dengan prestasi kewangan mereka.
.
Katanya, daripada kaji selidik yang dijalankan terhadap 1,655 responden, golongan muda berusia 20 hingga 30 tahun adalah golongan paling ramai mempunyai keinginan untuk membeli kediaman.
.
“Kebanyakan mereka iaitu 49 peratus adalah golongan bujang. Ini sesuatu yang menarik perhatian kami kerana keinginan membeli rumah itu ada, tetapi terhalang disebabkan sukar memperoleh pinjaman. “Jika dulu ramai yang memilih jenis kediaman teres tetapi dalam kaji selidik ini, sebanyak 46 peratus lebih memilih untuk membeli kediaman apartmen atau kondominium,” katanya pada taklimat media Kaji selidik industri hartanah REHDA di sini, hari ini (semalam).
.
FD Iskandar berkata, semakin ramai pembeli semakin realistik dengan harga hartanah kini apabila 41 peratus responden memilih untuk membeli hartanah berharga RM300,000 hingga RM500,000.

Sumber: BHonline

Filed Under: Category #1, Featured Tagged With: 0162125909, Alam Sari, ampang, Anjung Suasana, Apartment For Sale, auction, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Enstek, Bandar Seri Putra, bandar Seri Sendayan, Bangi Avenue, Banyan Close, Bungalow For Sale, Cheras, ejen hartanah, ejen hartanah ampang, ejen hartanah bandar bukit mahkota, ejen hartanah bandar seri putra, ejen hartanah bangi, ejen hartanah cheras, ejen hartanah dengkil, ejen hartanah kajang, ejen hartanah nilai, ejen hartanah puchong, ejen hartanah putrajaya, ejen hartanah salak tinggi, ejen hartanah semenyih, ejen hartanah sepang, ejen hartanah shah alam, Garden Homes, Green Villa Bangi, Ingin jual rumah, international, ioi properties, Kajang, Kayu Manis, Kota Seriemas, Kota Warisan, Kuala Lumpur, Legundi, Merab Pesona, Mutiara Bangi, Nilai, Nusari Bayu, Pelangi Semenyih, property, property agent, property expert, property negotiator, Puchong, Putra Damai, Putra Kajang, Putrajaya, real estate agent, Rescom, Rosniza, Semenyih, Semi D, Sendayan, Serdang, Seremban, Seri Bangi, Seri Melati, shah alam, sime darby, Sungai Merab, Taman Bukit Sendayan, Taman Universiti, Terrace For Sale, Tiara Heights, Top property agent, under construction project, Villa Khazanah, Villa Tropika, Vista Seri Putra

ejen hartanah

ejen hartanah

Agen Hartanah Berdaftar Anda!

Agen Hartanah Berdaftar Anda!

Kawasan Fokus Jualan Rumah & Hartanah

Ejen Hartanah & Ejen Jual Rumah di kawasan Bangi, Kajang, Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Bandar Baru Salak Tinggi, Bdr Baru Putra Nilai, Alam Sari, Cheras, Desa Pinggiran Putra, Putrajaya, Semenyih, Sg Tangkas, Cyberjaya, Bandar Saujana Putra, Putra Heights, Kota Warisan, BTHO, Ampang, Bdr Mahkota Cheras, Bandar Enstek, Kota Seriemas, Dengkil, Seri Kembangan, Puchong, Bandar Kinrara, Puncak Jalil, Shah Alam, Gombak, Selayang, Sg Buloh, Nilai Impian, Pajam, Sendayan, Bangi, Seremban, Senawang, Seksyen 9 Bangi

Rakan Niaga

Property-lovers.com
Rescom Realty
iproperty
propertyguru

Sertai Kami di Facebook!

Copyright © 2026 · AgentPress Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in