Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!
Sepang International City (48 Billion)
SEPANG INTERNATIONAL CITY (48 BILLION)
BANDAR Sepang bakal berubah wajah sepenuhnya apabila sebuah bandar raya bersepadu dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM48 bilion dikenali sebagai Sepang International City dirancang dimajukan di daerah itu.
Bandar raya di kawasan seluas kira-kira 1,600 hektar itu akan dibangunkan oleh cabang hartanah Kumpulan Hong Leong, GuocoLand Malaysia dengan nilai pelaburan RM12.5 bilion dan akan siap sepenuhnya dalam tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang.
Ia disasarkan menjadi hab untuk syarikat multinasional serta institusi pengajian tinggi antarabangsa yang berhasrat menjadikan negara ini sebagai pusat operasi serantau masing-masing.Bagi melengkapi lagi pembangunan di kawasan yang terletak lapan kilometer dari pekan Sungai Pelek itu, GuocoLand Malaysia juga akan membangunkan beberapa hartanah kediaman, komersial serta bangunan sokongan lain dalam projek itu.
Rancangan pembangunan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang itu sekali gus akan mengubah sama sekali landskap industri hartanah di Sepang yang sebelum itu lebih banyak tertumpu kepada sokongan sektor penerbangan dan pelancongan.
Projek itu akan dibangunkan di kawasan berdepan pantai sepanjang 15 kilometer dan ia adalah berdasarkan model pembangunan Central Park di bandar raya New York, Amerika Syarikat (AS).
Sepang International City dianggarkan bakal mewujudkan 4,712 pekerjaan baru sehingga 2020 dengan kesan pendapatan negara kasar (PNK) mencecah RM1.34 bilion dalam tempoh sama. Apabila siap kelak, kawasan yang akan menjadi ‘bandar raya baru’ di Lembah Klang itu dianggarkan didiami kira-kira 500,000 penduduk.
Pengarah Urusan GuocoLand Malaysia, Yeow Wai Siaw, berkata projek itu dijangka akan dimulakan dalam tempoh satu setengah tahun lagi selepas semua kertas kerja proses pembangunan yang penting dapat diselesaikan bersama pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri.
“Buat masa ini, kami juga sedang berunding dengan pelabur antarabangsa yang mahu membuka operasi serantau mereka di Malaysia dan diharapkan mereka juga mendapat kelulusan serta sokongan daripada kerajaan persekutuan dan negeri.
“Kami banyak menerima pertanyaan khususnya pelabur di rantau Asia Timur seperti China, Jepun dan Singapura. Pelabur Jepun, khususnya kini sedang meninjau membuka operasi mereka di negara ini sebagai pelan sokongan selepas bencana alam yang berlaku di negara itu tahun lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pengumuman perkembangan terkini Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Petaling Jaya, semalam.
Mengulas lanjut, Wai Siaw berkata Sepang International City juga akan mempunyai infrastruktur bertaraf antarabangsa, termasuk rangkaian pengangkutan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pusat bandar Kuala Lumpur serta kawasan utama lain di seluruh Greater KL dan Lembah Klang.
“Pengumuman tepat pada masanya pembangunan masa depan Sepang melalui projek ini akan mengukuhkan lagi daya tarikan Malaysia sebagai destinasi global serta mengukuhkan lagi aspirasi menjadi negara maju menjelang 2020.
“GuocoLand Malaysia berbangga diberi peluang membangunkan projek berpandangan jauh ini, sekali gus menjadi projek kedua dimajukan kami di bawah ETP selepas rancangan membangunkan projek bersepadu Damansara City yang diumumkan awal tahun lalu,” katanya.
Sumber : Berita Harian
——————————————————————————————————————————————————————–
Sekiranya anda ingin menjual atau membeli rumah/ lot kedai/ tanah boleh hubungi saya Rosniza, 016-2125 909 (Perunding Hartanah Berdaftar). Saya adalah ejen hartanah di kawasan Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Kajang, Putrajaya, Serdang, Nilai, Semenyih, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Enstek, Kota Warisan, Kota Seriemas, Putrajaya, Cheras, Puchong, Kuala Lumpur, Sendayan, Seremban.
Harga Hartanah Di Selangor Melonjak Kerana Dijadikan Pelaburan
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata harga hartanah di negeri ini melonjak naik kerana permintaan tinggi daripada pembeli yang menjadikannya sebagai pelaburan.
Beliau juga menganggarkan harga rumah di Selangor akan terus meningkat pada masa akan datang disebabkan kewujudan pelabur hartanah itu.
Sehubungan itu kerajaan Selangor sedang mengkaji kaedah pembinaan rumah pasang siap mampu milik bagi membantu penduduk membeli rumah.
Menurutnya kerajaan negeri sedang meneliti kaedah pasang siap yang dilaksana di United Kingdom dan Australia bagi menyediakan rumah mampu milik pada harga RM150,000 seunit.
Mengulas perkara berkaitan, Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor berjaya mengutip RM800 juta daripada hasil berkaitan tanah tahun lepas berbanding sekitar RM400 juta pada tahun-tahun sebelum ini.
Kutipan meningkat kerana penggunaan dan nilai tanah semakin meningkat di Selangor, katanya.
– BERNAMA
Apa yang Anda Perlu Tahu sebelum menjual rumah?
Nak Jual Rumah? Soalan-soalan Utama Kepada Perunding Hartanah
Anda mungkin ada pengalaman berurusan dengan perunding hartanah (property negotiator) untuk menjual dan menyewakan hartanah anda atau mendapatkan khidmat nasihat berkaitan hartanah.
Sememangnya berurusan dengan perunding hartanah akan memudahkan urusan jual beli hartanah anda, namun sebagai pemilik rumah dan pelanggan anda berhak untuk mengemukakan pertanyaan kepada perunding hartanah apabila bertemu.
Berikut adalah beberapa soalan penting yang perlu anda tanya kepada perunding hartanah ketika berurusan.
Encik/Cik dari syarikat hartanah mana?
Pertanyaan ini amat penting untuk memastikan perunding hartanah tersebut adalah perunding hartanah yang berlesen ataupun berdaftar dengan mana-mana ejen hartanah (real estate agent) yang berdaftar. Ejen hartanah berdaftar akan mempunyai nombor yang bermula dengan VE atau E.
Boleh terangkan prosedur yang terlibat kepada saya?
Kebiasaannya perunding hartanah yang akan memulakan subjek ini tapi tidak salah untuk anda bertanya. Prosedur ini amat penting kerana ia melibatkan urusan jual beli hartanah anda dari saat pembeli membayar booking sehinggalah pembeli tersebut memperoleh kunci rumah dan menjadi pemilik baru rumah tersebut. Tanya kepada perunding hartanah apa-apa maklumat yang anda tidak faham.
Jangkamasa prosedur ini bergantung kepada hartanah anda merangkumi aspek freehold/leasehold, master/individual/strata title, status kewangan bakal pembeli dan sebagainya jadi ambil sedikit masa anda untuk memahami prosedur ini dengan bantuan perunding hartanah.
Kemungkinan anda tertanya-tanya mengenai professional fee untuk perunding hartanah sekiranya jualan terjadi – biasanya fee adalah sebanyak 3% dari harga jualan.
Bagaimana dengan harga semasa rumah/hartanah saya?
Kebiasaannya anda sebagai pemilik rumah akan meletakkan harga dahulu dan perunding hartanah akan advice anda untuk naik/turun harga dan sebagainya. Kadang-kadang ada pemilik rumah yang tidak pasti akan harga rumah yang ingin dijual. Walaubagaimanapun penting untuk anda bertanya mengenai harga semasa rumah anda (kadangkala cuma disebut market price) kepada perunding hartanah. Ada kemungkinan perunding hartanah tersebut akan merujuk kepada bank atau penilai hartanah untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk hartanah anda tersebut.
Berapa kos yang perlu saya keluarkan?
Satu perkara yang perlu anda tahu ialah pemilik rumah yang ingin menjual rumah juga perlu mengeluarkan sedikit kos dalam prosedur jual beli dan umumnya pihak yang ingin menjual rumah bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:
Discharge of Charge – Melepaskan gadaian
Consent
Confirmation of Letter
jadi tanya kepada perunding hartanah tersebut berapakah kos yang perlu anda keluarkan termasuklah Legal cost, Real Property Gain Tax (untuk rumah 5 tahun ke bawah), Government Service Tax (GST) dan sebagainya.
Apa dokumen yang perlu saya tandatangani?
Kemungkinan ada dokumen yang perlu anda tandatangan seperti surat lantikan eksklusif dan sebagainya. Namun dokumen yang pasti akan ada tandatangani ialah S&P sekiranya jualan terjadi.
Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang boleh anda bincangkan dengan perunding hartanah mengenai rumah/hartanah yang ingin anda jual namun soalan-soalan yang saya senaraikan adalah utama untuk anda tanyakan. Betulkan saya sekiranya ada kesilapan dan sekiranya ada sebarang pertanyaan/cadangan/tambahan idea, anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen anda di ruangan komen di bawah!
Credit To: Nasrul Hanis
– See more at: http://www.property-lovers.com/apa-yang-perlu-anda-tahu-sebelum-menjual-rumah/#sthash.O7BHhd9z.dpuf
Mencari Ejen Hartanah (Real Estate Agent / Property Agent) Puchong

Ingin jual rumah/ tanah/ shop lot anda? Sila hubungi Rosniza 016-2125 909.
Saya adalah Senior Property Negotiator dan mempunyai kepakaran dalam urusan penjualan hartanah seperti rumah, tanah pertanian, tanah perumahan, tanah komersial, dan kedai.
Antara kawasan fokus saya adalah di Bandar Baru Bangi, Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putera, Kajang, Nilai, Semenyih, Cheras, Puchong, Sepang, Salak Tinggi, Putrajaya, Kota Warisan, Seremban dan Kuala Lumpur.
Saya akan membantu anda mendapatkan perkhidmatan peguam, pinjaman bank dan jurunilai hartanah yang terbaik dan menguruskan prosedur penjualan rumah anda.
~~ I AM A REGISTERED REAL ESTATE AGENT YOU CAN TRUST ~~
Mencari Ejen Hartanah (Real Estate Agent / Property Agent) Putra Heights

Ingin jual rumah/ tanah/ shop lot anda? Sila hubungi Rosniza 016-2125 909.
Saya adalah Senior Property Negotiator dan mempunyai kepakaran dalam urusan penjualan hartanah seperti rumah, tanah pertanian, tanah perumahan, tanah komersial, dan kedai.
Antara kawasan fokus saya adalah di Bandar Baru Bangi, Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putera, Kajang, Nilai, Semenyih, Cheras, Puchong, Sepang, Salak Tinggi, Putrajaya, Kota Warisan, Seremban dan Kuala Lumpur.
Saya akan membantu anda mendapatkan perkhidmatan peguam, pinjaman bank dan jurunilai hartanah yang terbaik dan menguruskan prosedur penjualan rumah anda.
~~ I AM A REGISTERED REAL ESTATE AGENT YOU CAN TRUST ~~
- « Previous Page
- 1
- …
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- …
- 23
- Next Page »


