Kelebihan Melantik Agen Hartanah

agen

Ramai yang tidak mengetahui apa gunanya seorang ejen jika berurusan soal hartanah. Mereka  sering menganggap jika melantik ejen hartanah mereka akan dikenakan bayaran lebih. Inilah mentaliti yang perlu kita kikis dalam masyarakat kita hari ini.

Hakikat sebenarnya pasaran hartanah ini adalah rumit jika seseorang itu tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman. Kebaikan mendapatkan ejen hartanah akan menjadikan proses jual-beli lebih mudah dan mengurangkan tekanan. Di bawah adalah garis panduan yang menyenaraikan kebaikan menggunakan ejen hartanah:-

1. Pengetahuan dan kemahiran

Dalam bidang kerjaya ejen hartanah ini, amatlah penting untuk anda mempunyai banyak pengetahuan terutamanya mengenai hartanah yang hendak anda jual. Bagi ejen yang sudah lama dalam bidang ini, mereka tidak perlu risau lagi.  Akan tetapi, jika anda seorang ejen baru hendak memulakan perniagaan dalam urus niaga hartanah ini, anda harus bijak mengutip pengalaman dan pengetahuan dari mereka yang sudah lama di bidang ini.

Membeli rumah adalah lebih dari sekadar menawarkan harga. Seorang ejen perlu berpengetahuan tentang komuniti, kejiranan, sekolah, sistem jalan, hospital, membeli-belah, lokasi pasaraya dan sebagainya. Hal ini bagi memastikan  hartanah yang hendak dijual itu menjadi rebutan ramai pihak. Maka dengan ini, hartanah anda mudah terjual.

2. Penjimat masa.

Masa itu emas. Pengguna yang bijak akan menggunakan masa itu dengan sebaik mungkin. Mereka tidak akan mensia-siakan masa itu dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Sekiranya anda mahu menjual atau membeli rumah, anda tidak perlu membazir masa anda ke sana dan ke mari mencari hartanah yang sesuai. Serahkan sahaja semua tugas-tugas itu kepada ejen.

Seorang ejen boleh menguruskan jadual lawatan pembeli berpotensi termasuk membantu menunjukkan contoh-contoh hartanah yang dimiliki. Pembeli cuma perlu menyatakan jenis hartanah yang bagaimana mahu dibeli dan membuat pilihan melalui senarai yang diberikan oleh ejen.

Sebagai ejen, mereka turut menguruskan sesi lawatan dengan mendapatkan hartanah yang sesuai dengan kriteria yang diingini. Hal ini dapat menjimatkan masa daripada melihat rumah yang tidak menepati kriteria. Dan masa yang ada itu anda boleh isikannya dengan urusan lain.

3. Pembantu harga jual beli

Seandainya, anda ingin membeli sesuatu hartanah yang tidak menggunakan ejen. Kebarangkalian anda akan ditipu berkaitan dengan harga sangatlah tinggi. Apatah lagi jika penjual itu tahu yang anda tidak pernah berurusan soal jual-beli hartanah. Penjual boleh sahaja meletakkan harga yang tinggi semahu-mahunya.

Jadi di sini, jalan pintas untuk mengelakkan anda di tipu dalm soal jual-beli hartanah ini adalah dengan menggunakan khidmat ejen yang berdaftar. Seorang ejen hartanah akan mengetahui sama ada rumah yang mahu dibeli itu berbaloi dengan harganya atau pun tidak.

Mereka akan melihat kepada aspek permintaan dan tawaran, keadaan pasaran terkini, lokasi, jenis rumah seperti adakah bilangan bilik sesuai dengan harga tawaran. Semua ini akan diselidiki dan dibandingkan dengan harga yang ditawarkan.

Di samping itu mereka juga boleh membuat rundingan harga yang boleh menjimatkan ribuan ringgit. Ejen mempunyai akses kepada maklumat seperti nilai rumah di kawasan itu, purata harga jualan dan berapa hari sesuatu hartanah itu sudah berada di pasaran untuk dijual.

Semua ini harus diambil kira dalam proses rundingan harga. Jangan mudah terpedaya dengan harga yang ditawarkan. Seeloknya, anda sebagai pembeli harus tahu di tahap mana kemampuan anda untuk memiliki sesuatu hartanah itu.

4. Hubungan penting

Jika anda rakyat biasa yang ingin membeli sesuatu hartanah dan tidak  mengenali pihak yang tertentu dalam menguruskan jual-beli hartanah ini, saya tegaskan sekali lagi anda wajib mempunyai seorang ejen hartanah.  Jangan anda fikir semua ejen akan memakan wang anda. Ini kerana ejen berdaftar ada kadar komisen yang patut diterimanya dalam sesuatu jualan. Melainkan jika anda berurusan dengan ejen hartanah haram.

Seorang ejen boleh mengesyorkan pihak yang pakar seperti pemeriksa rumah, syarikat kewangan, peguam yang baik dan sebagainya kepada anda. Anda hanya tinggal menyetujui atau pun tidak sahaja. Sehubungan itu, ejen-ejen hartanah ini juga mempunyai hubungan dan rangkaian yang baik serta boleh memberi pelbagai pilihan yang boleh dipilih dengan bijak. Jadi tidak ada ruginya di sini jika anda menggunakan khidmat seseorang ejen. Malah, saya rasa banyak keuntungannya buat anda.

5. Pengurusan dokumen

Dalam urus niaga hartanah ini banyak melibatkan pengurusan dokumen penting pindah hak milik. Jadi urusannya sudah pasti merumitkan. Hanya mereka yang pakar dan biasa melakukannya sahaja boleh menguruskannya dengan baik.  Dokumen pembelian biasanya menjangkau lebih sepuluh muka surat. Ianya bermula daripada keputusan pemilik menjual rumah sehingga masa penyerahan kunci kepada pemilik baru. Setiap proses perlu direkodkan secara rasmi menggunakan pelbagai jenis borang hartanah.

Seorang ejen hartanah mempunyai pengetahuan berkenaan dokumen yang diperlukan dan boleh menyediakan semuanya dengan teliti dan betul. Jadi pembeli dan penjual tidak perlu bimbang akan urus niaga mereka. Cuma yang perlu anda perhatikan adalah pemilihan ejen. Kerana ini akan melibatkan keseruluhan proses jual beli hartanah anda.

6. Sokongan

Seorang ejen hartanah memainkan peranan yang sangat penting dalam jual-beli hartanah. Dengan mendapatkan seorang ejen hartanah, anda boleh menjimatkan masa, duit dan mengurangkan banyak tekanan. Kepada mereka yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan jual-beli hartanah, ejen yang berkualiti adalah satu kewajipan.

Tips Memilih Hartanah

Lokasi

Lokasi akan menentukan harga, risiko dan pulangan. Antara kawasan strategik bagi pelaburan hartanah adalah di kawasan yang berdekatan dengan kawasan industri serta kawasan yang mempunyai institusi pengajian tinggi seperti universiti atau kolej universiti. Sebuah rumah kos sederhana atau murah akan lebih menjadi rebutan berbanding rumah kos tinggi, kerana semestinya individu yang ingin menyewa rumah terbabit juga mahu menyimpan sedikit untuk masa depan mereka.

Falsafah Pemaju

Adakah pemaju mempunyai rekod dalam menghasilkan produk berkualiti ? Jika mereka sedang menjalankan projek baru dan anda berminat dengan projek tersebut, lakukan sedikit kerja kajian mengenai projek-projek mereka yang lalu. Jangan terpengaruh dengan nama besar. Kerap kali terjadi projek besar dengan nama syarikat yang besar menghasilkan produk yang boleh dikategorikan sebagai projek kangkung. Jadi kata kunci di sini adalah: lakukan sedikit kajian. Cari pemaju yang berkaliber dan menepati masa dalam menyiapkan projek.

Pengurusan

Apa tahap pengawasan yang akan disediakan oleh pihak pengurusan pembangunan? Jika rumah yang anda beli merupakan rumah kondominium, atau di apartment, adakah pihak pemaju sentiasa mengawal selia kawasan terbabit. Sebelum anda beli, tanya atau dapatkan sedikit maklumat berkaitan rumah tersebut dengan jiran tetangga (jika hartanah tersebut telah lama dibina).

Prospek Masa Depan

Jika anda mendapatkan hartanah sebagai pelaburan untuk masa depan, sekurang-kurangnya anda perlu tahu berapakah jumlah keuntungan yang boleh diberikan oleh hartanah ini kepada anda dalam tempoh tertentu. Jadi, anda perlu selalu membuat kajian tentang kadar sewaan yang menguntungkan, setidak-tidaknya mampu untuk dibuat bayaran balik bagi kos beli dan selenggara hartanah terbabit.

Praktikaliti, Rekaan serta Kegunaan

Ada pemaju yang mendirikan kediaman mewah, tetapi kediaman tersebut tidak mampu untuk menampung keperluan keluarga yang mempunyai ramai ahli, sebagai contoh ibu bapa dengan 5 orang anak kecil. Mereka kaya, manakal rumah tersebut juga berstatus mewah. Namun, atas dasar rumah yang ditawarkan itu tidak praktikal bagi keluarga mereka yang ramai, mereka tidak jadi untuk mendapatkan rumah terbabit. Jadi, selain daripada rekaan yang bagus, hartanah yang anda inginkan perlulah mempunyai praktikaliti serta kegunaannya yang tersendiri.

Perbandingan harga produk setanding

Jika anda mampu, cuba buat perbandingan untuk hartanah di kawasan tersebut pada masa lalu dari segi harga per meter persegi dan apresiasi modal. Dari sini, anda akan tahu adakah pelaburan hartanah yang anda lakukan berbaloi atau tidak.

Perhubungan serta Keselesaan

Hartanah yang mempunyai nilai yang tinggi adalah yang berada di kawasan kejiranan, mempunyai akses terhadap sekolah, mempunyai kompleks beli belah ataupun kedai-kedai yang menjual keperluan harian, berdekatan dengan tempat kerja serta dekat dengan tempat rekreasi. Namun, sekiranya kemudahan-kemudahan ini tidak dapat dihubungkan dengan baik menerusi sistem pengangkutan yang menyeluruh, kawasan tersebut boleh dikatakan kurang kualiti untuk pelaburan hartanah. Satu kajian di Singapura menunjukkan bahawa hartanah yang terletak berdekatan dengan stesen LRT (Light Rapid Transit) mempunyai pasaran serta harga yang tinggi. Jadi, jangan abaikan aspek pengangkutan dan perhubungan jika anda mahukan pulangan pelaburan hartanah yang baik.

Keselamatan

Jika anda mahu terlibat dalam pelaburan hartanah yang berbaloi, cari kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang rendah. Kadar janayah yang rendah dapat menimbulkan keselesaan serta ketenangan di kalangan penghuninya. Seterusnya meningkat nilai kawasan terbabit untuk pelaburan hartanah.

Tips Membeli Rumah Subsale (Part 1)

banglo

Saya ingin berkongsi beberapa tips dalam membuat pilihan bagi mendapatkan rumah idaman melalui pembelian rumah Subsale. Istilah ‘Subsale’ lebih mudah dikenali sebagai ‘membeli rumah daripada tangan orang lain’.
Antara kelebihan rumah subsale adalah rumah telah siap sedia untuk diduduki, rumah dibeli sebagaimana keadaan yang dilihat, segala hutang-hutang berkaitan akan diselesaikan oleh pemilik lama, lokasi yang sedia ada strategik dan lain-lain.(akan diterangkan lebih detail dalam Bab lain).

Antara pertimbangan yang perlu diambil kira sebelum membeli rumah Subsale adalah:

1. Mempunyai Deposit 10% daripada harga rumah.

Pengalaman saya dalam menjual rumah subsale adalah pembeli daripada golongan muda menghadapi masalah dalam penyediaan 10% deposit daripada harga rumah. Misalnya, rumah yang ingin dibeli adalah daripada jenis apartment bernilai RM200k. Pembeli mesti mempunyai RM20,000 (10% daripada RM200k) yang akan dibayar 3% semasa booking dan 7% semasa menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli. Pembayaran ini perlu diselesaikan dalam tempoh 14-21 hari bekerja.

Ada yang bertanya kenapa 10% daripada harga rumah?

Ini adalah kerana bank hanya memberikan Margin Of Finance (MOF) sebanyak 90% sahaja daripada harga rumah.

Selain daripada 10% deposit pembeli juga harus menyediakan wang bagi bayaran guaman. Anggaran bayaran guaman ini boleh dirujuk di http://www.elawyer.com.my/legal_calculator_info.php

2. Lihat keadaan rumah

Antara kelebihan membeli rumah subsale  berbanding rumah lelong adalah kita boleh meneliti segenap penjuru rumah sebelum meletakkan deposit. Perkara yang perlu diperhatikan adalah seperti:

  • Rekahan (Crack) pada dinding.
  • Saluran perpaipan. Adakah terdapat kebocoran (Leaking).
  • Struktur bangunan dan Finishing. Harus berhati-hati sekiranya pemilik telah membuat pengubahsuaian. Perhatikan sambungan dinding, jenis material yang digunakan dsb.
  • Keadaan pintu terutamanya pintu bilik air. Selalunya pecah dibahagian bawahnya.
  • Pendawaian elektrik.

3. Perhatikan keadaan sekeliling rumah

Sebelum membuat keputusan, lawatilah atau pusing di kawasan sekeliling rumah yang ingin dibeli. Perhatikan:

  • Keadaan jiran bersebelahan rumah. Misalnya, adakah memelihara haiwan seperti anjing, ayam dsb. Perlu tahu bangsa dan agama jiran bersebelahan.
  • Keluasan jalan di hadapan rumah. Adakah sukar untuk parking kereta atau jiran mempunyai kereta yang banyak dan selalu menghalang laluan utama.
  • Keadaan kesesakan di kawasan perumahan. Datanglah pada waktu puncak dan waktu lengang untuk melihat keadaan sebenar kawasan tersebut. Datang juga pada waktu malam dan siang.
  • Lihat segala kemudahan yang ada. Pilihlah kawasan yang mempunyai kedai yang berhampiran, sekolah, pengangkutan awam dsb

~~~ bersambung di PART 2~~~

——————————————————————————————————————————————————————–

Sekiranya anda ingin menjual atau membeli rumah/ lot kedai/ tanah boleh hubungi saya Rosniza, 016-2125 909 (Perunding Hartanah Berdaftar). Saya adalah ejen hartanah di kawasan Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Kajang, Putrajaya, Serdang, Nilai, Semenyih, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Enstek, Kota Warisan, Kota Seriemas, Putrajaya, Cheras, Puchong, Kuala Lumpur, Sendayan, Seremban.

– See more at: http://www.property-lovers.com/tips-membeli-rumah-subsale-part-1/#sthash.Iojv1kkX.dpuf

Harga Hartanah Di Selangor Melonjak Kerana Dijadikan Pelaburan

simedarby

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata harga hartanah di negeri ini melonjak naik kerana permintaan tinggi daripada pembeli yang menjadikannya sebagai pelaburan.

Beliau juga menganggarkan harga rumah di Selangor akan terus meningkat pada masa akan datang disebabkan kewujudan pelabur hartanah itu.

Sehubungan itu kerajaan Selangor sedang mengkaji kaedah pembinaan rumah pasang siap mampu milik bagi membantu penduduk membeli rumah.

Menurutnya kerajaan negeri sedang meneliti kaedah pasang siap yang dilaksana di United Kingdom dan Australia bagi menyediakan rumah mampu milik pada harga RM150,000 seunit.

Mengulas perkara berkaitan, Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor berjaya mengutip RM800 juta daripada hasil berkaitan tanah tahun lepas berbanding sekitar RM400 juta pada tahun-tahun sebelum ini.

Kutipan meningkat kerana penggunaan dan nilai tanah semakin meningkat di Selangor, katanya.

– BERNAMA

Apa yang Anda Perlu Tahu sebelum menjual rumah?

Nak Jual Rumah? Soalan-soalan Utama Kepada Perunding Hartanah

Anda mungkin ada pengalaman berurusan dengan perunding hartanah (property negotiator) untuk menjual dan menyewakan hartanah anda atau mendapatkan khidmat nasihat berkaitan hartanah.

Sememangnya berurusan dengan perunding hartanah akan memudahkan urusan jual beli hartanah anda, namun sebagai pemilik rumah dan pelanggan anda berhak untuk mengemukakan pertanyaan kepada perunding hartanah apabila bertemu.

Berikut adalah beberapa soalan penting yang perlu anda tanya kepada perunding hartanah ketika berurusan.
Encik/Cik dari syarikat hartanah mana?

Pertanyaan ini amat penting untuk memastikan perunding hartanah tersebut adalah perunding hartanah yang berlesen ataupun berdaftar dengan mana-mana ejen hartanah (real estate agent) yang berdaftar. Ejen hartanah berdaftar akan mempunyai nombor yang bermula dengan VE atau E.
Boleh terangkan prosedur yang terlibat kepada saya?

Kebiasaannya perunding hartanah yang akan memulakan subjek ini tapi tidak salah untuk anda bertanya. Prosedur ini amat penting kerana ia melibatkan urusan jual beli hartanah anda dari saat pembeli membayar booking sehinggalah pembeli tersebut memperoleh kunci rumah dan menjadi pemilik baru rumah tersebut. Tanya kepada perunding hartanah apa-apa maklumat yang anda tidak faham.

Jangkamasa prosedur ini bergantung kepada hartanah anda merangkumi aspek freehold/leasehold, master/individual/strata title, status kewangan bakal pembeli dan sebagainya jadi ambil sedikit masa anda untuk memahami prosedur ini dengan bantuan perunding hartanah.

Kemungkinan anda tertanya-tanya mengenai professional fee untuk perunding hartanah sekiranya jualan terjadi – biasanya fee adalah sebanyak 3% dari harga jualan.
Bagaimana dengan harga semasa rumah/hartanah saya?

Kebiasaannya anda sebagai pemilik rumah akan meletakkan harga dahulu dan perunding hartanah akan advice anda untuk naik/turun harga dan sebagainya. Kadang-kadang ada pemilik rumah yang tidak pasti akan harga rumah yang ingin dijual. Walaubagaimanapun penting untuk anda bertanya mengenai harga semasa rumah anda (kadangkala cuma disebut market price) kepada perunding hartanah. Ada kemungkinan perunding hartanah tersebut akan merujuk kepada bank atau penilai hartanah untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk hartanah anda tersebut.
Berapa kos yang perlu saya keluarkan?

Satu perkara yang perlu anda tahu ialah pemilik rumah yang ingin menjual rumah juga perlu mengeluarkan sedikit kos dalam prosedur jual beli dan umumnya pihak yang ingin menjual rumah bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:

Discharge of Charge – Melepaskan gadaian
Consent
Confirmation of Letter

jadi tanya kepada perunding hartanah tersebut berapakah kos yang perlu anda keluarkan termasuklah Legal cost, Real Property Gain Tax (untuk rumah 5 tahun ke bawah), Government Service Tax (GST) dan sebagainya.
Apa dokumen yang perlu saya tandatangani?

Kemungkinan ada dokumen yang perlu anda tandatangan seperti surat lantikan eksklusif dan sebagainya. Namun dokumen yang pasti akan ada tandatangani ialah S&P sekiranya jualan terjadi.

Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang boleh anda bincangkan dengan perunding hartanah mengenai rumah/hartanah yang ingin anda jual namun soalan-soalan yang saya senaraikan adalah utama untuk anda tanyakan. Betulkan saya sekiranya ada kesilapan dan sekiranya ada sebarang pertanyaan/cadangan/tambahan idea, anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen anda di ruangan komen di bawah!

Credit To: Nasrul Hanis

– See more at: http://www.property-lovers.com/apa-yang-perlu-anda-tahu-sebelum-menjual-rumah/#sthash.O7BHhd9z.dpuf

Ejen Hartanah Kajang

Rosniza RESCOM 0162125909 ejen hartanah

Rosniza RESCOM 0162125909 ejen hartanah

Ingin jual rumah/ tanah/ shop lot anda? Sila hubungi Rosniza 016-2125 909.
Saya adalah Senior Property Negotiator dan mempunyai kepakaran dalam urusan penjualan hartanah seperti rumah, tanah pertanian, tanah perumahan, tanah komersial, dan kedai.

Antara kawasan fokus saya adalah di Bandar Baru Bangi, Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putera, Kajang, Nilai, Semenyih, Cheras, Puchong, Sepang, Salak Tinggi, Putrajaya, Kota Warisan, Seremban dan Kuala Lumpur.

Saya akan membantu anda mendapatkan perkhidmatan peguam, pinjaman bank dan jurunilai hartanah yang terbaik dan menguruskan prosedur penjualan rumah anda.
~~ I AM A REGISTERED REAL ESTATE AGENT YOU CAN TRUST ~~